15 January 2026

MUAT NAIK HANTARAN LENGKAP BERBUSANA SEPERTI PASANGAN PENGANTIN - BEN AMIR & KEKASIH SUDAH KAHWIN?



Baru-baru ini, pelakon Ben Amir menerusi media sosial miliknya telah memuat naik hantaran dimana ia telah menarik perhatian sehingga menimbulkan tanda tanya ramai seolah-olah sudah selamat mendirikan rumah tangga.

Dalam perkongsian yang hanya diletakkan kapsyen ringkas, Ben atau Muhammad Amir Sabaruddin, 36, dan kekasihnya iaitu Liana Alara dilihat lengkap berbusana seperti pasangan pengantin.

"Tunggu bot sekejap," tulisnya pada hantaran dengan latar belakang berada di sebuah jeti.

Klik untuk gambar besar

Hantaran yang turut disertakan dengan lokasi Pulau Siargau, Filipina dimana tempat Ben kini menetap, cturut menyebut nama pereka fesyen Zaimi Zulkafli dipercayai yang menyiapkan busananya bersama Liana.

Ben bagaimanapun tidak menyatakan secara terperinci tentang gambar tersebut, namun perkongsian itu mendapat pelbagai komen termasuk ada yang mengucapkan tahniah kepada pasangan itu.

Pada November tahun lalu, Liana yang merupakan warga Filipina itu memeluk agama Islam dan melafazkan dua kalimah syahadah di pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Kuala Lumpur.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: