14 January 2026

DAKWAAN RAPAT DENGAN USAHAWAN WANITA - INI JAWAB DATUK RED



"Hubungan kami hanya atas dasar kerja sahaja, tak s£rius mana. Saya diupah untuk buat kerja dan tak boleh nak komen lebih-lebih sebab perbicaraan dengan Adira belum mula lagi. Saya ini nak kata bujang bukan, dah kahwin pun bukan. Jadi apa-apa pun tunggu keputusan mahkamah nanti."

Demikian jelas usahawan Datuk Seri Adnan Abu atau lebih mesra disapa Datuk Red, 48, dimana dia tampil mengulas mengenai dakwaan dirinya yang dilihat menjalinkan hubungan akrab dengan seorang wanita yang juga ahli perniagaan dikenali sebagai Hunny Izzaty sejak kebelakangan ini.

Datuk Red berkata, hubungannya dengan Hunny tidak lebih daripada sekadar rakan perniagaan, selain dia juga masih perlu menjaga batas memandangkan perbicaraan pengesahan lafaz rujuk bersama bekas isterinya, penyanyi Adira Suhaimi masih belum bermula.

Namun begitu, Datuk Red tidak menolak kehadiran Hunny itu sedikit sebanyak memberi sinar baharu dalam hidupnya yang dikatakan berdepan pelbagai cab@ran kebelakangan ini.

"Kami baharu sahaja berkenalan. Saya ini perlukan bimbingan supaya lebih bersemanga untuk bekerja, bukannya nak suruh orang bayar hut@ng. Jadi Hunny seorang ahli perniagaan, macam-macam nasihat dia beri dan saya rasa ada dorongan baharu.

Klik untuk gambar besar

"Sebelum ini ada juga dorongan, tapi arah itu sudah berubah," tuturnya yang mengakui berada dalam fasa kehilangan arah akib@t terlalu banyak perkara meng£jut berlaku dalam hidupnya akhir-akhir ini, malah ia turut menj£jaskan em0si dan kesihatannya.

"Banyak benda meng£jut berlaku kebelakangan ini sampai saya rasa hilang arah. Nak berniaga perlukan semangat, kena ada mood cantik dan ceria. Bila hilang arah, semua benda jadi tak kena. Berat badan saya pun susut, sebelum ini 81 kilogram sekarang tinggal 70 kilogram," ujarnya.

Dalam pada itu, Datuk Red turut meluahkan rasa terharu dengan sokongan netizen yang dilihat seakan-akan merestui hubungannya dengan Hunny dan dalam masa sama percaya pengikut di media sosial hanya mahu melihat dirinya kembali bahagia dan melupakan kisah silam.

"Mereka mungkin nak suruh saya move on, tapi benda ini tak boleh terus kahwin. Kena ubati hati yang terluk@ ini dulu," katanya.
Sebelum ini, Datuk Red menerusi peguamnya memaklumkan, dia telah memfailkan pengesahan rujuk terhadap Adira pada Disember tahun lalu.

Adira juga memberi respons bahawa dia terk£jut kerana tidak mengetahui tindakan bekas suaminya itu.

Untuk makluman, Adira dan Datuk Red mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua. Namun, perkahwinan itu berakhir dengan perceraian pada 24 April 2024.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob, 3.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: