14 January 2026

BERANSUR PULIH SELEPAS PEMB£DAHAN BUANG BUAH PINGGANG - HELMI GIMMICK BERSIKAP TERBUKA KEPADA SESIAPA YANG INGIN BANTUNYA DARI SEGI KEWANGAN



"Alhamdulillah, keadaan saya sekarang ini stabil, k£san pemb£dahan juga semakin pulih dan membaik. Tetapi, doktor masih lagi perlu memantau dan tidak tahu juga bila saya dibenarkan keluar dari hospital.

"Saya serahkan semua keputusan kepada doktor kerana jika saya dibenarkan pulang ke rumah pun, tiada kepakaran yang menjaga. Sekurang-kurangnya di hospital ini, ada doktor dan jururawat yang selalu memantau.

"Maka lebih baik juga saya dirawat dulu di hospital sehingga betul-betul pulih. Selepas pemb£dahan (8 Januari lalu), saya kini sangat berlapang dada dan tidak runsing lagi. Sekarang fikir nak sihat sahaja."

Itulah jelas pengacara dan penghibur serba boleh, Helmi Gimmick, 66, dimana dia memaklumkan keadaan kesihatannya beransur pulih tetapi masih dalam pemantauan doktor selepas pemb£dahan membuang buah pinggang kiri akib@t kans£r.

Kata Helmi atau nama sebenarnya, Helmi Harun ini, dia juga sudah boleh berjalan tanpa rasa s@kit, namun tidak boleh terlalu aktif bergerak kerana dibimbangi pendar@han akib@t pemb£dahan dijalani belum terlalu kering.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, Helmi yang sudah 17 hari mendapat rawatan di Hospital Universiti Putra Malaysia atau Hospital Sultan Abdul Aziz Shah sejak 29 Disember 2025 akib@t kans£r buah pinggang tahap empat, meluahkan rasa dia gembira apabila mendapat banyak sokongan moral.

"Di hospital ini, semua doktor dan jururawat baik-baik melayan serta menjaga saya. Apatah lagi, sekarang saya harus disiplin makan ubat-ubatan diberi termasuk menjaga pemakanan harian.

"Selain itu, pergerakan saya yang sudah boleh berjalan juga dipantau agar tidak terlalu aktif lagi. Apapun, kerinduan terhadap rumah itu tetap ada. Tapi, anak-anak juga nasihatkan biar saya betul-betul pulih dulu," tuturnya.

Disamping itu, Helmi berkata, memandangkan belum boleh lagi bekerja, dia turut bersikap terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin membantunya dari segi kewangan boleh menyumbang ke akaun RHB 20505100036288 atas nama HelmiGimmick Entp.
"Sesiapa yang sudi melawat saya di hospital dan membantu saya dipersilakan, tiada paksaan. Tetapi, sejak saya s@kit ini memang ramai yang datang melawat serta membantu. Terima kasih diucapkan.

"Saya hanya mampu membal@s semuanya dengan doa. Alhamdulillah juga Allah beri saya kekuatan untuk sentiasa gembira dan ceria setiap hari walaupun diuji dengan s@kit ini. Doktor juga gembira tengok saya ceria," ujarnya.

Untuk info, Helmi yang sudah 30 tahun aktif dalam karier seni sampai sekarang itu dikenali memiliki kemahiran fasih bertutur dalam beberapa bahasa termasuk bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Tamil, Indonesia serta sedikit bahasa Perancis.

Pernah popular pada awal era 2000-an, antara program televisyen dihoskan oleh Helmi ialah Famili Ceria di ntv7.

Selain itu, dia juga pernah tampil dengan album solo berjudul Tongkat Ali serta berkhidmat sebagai penyampai radio di Time Highway Radio (THR) yang kini dikenali sebagai Gegar.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: