14 January 2026

RUMAH BANGLO DIJUAL - SAJAT LUAH RASA SEDIH : "SAYA REDHA, MUNGKIN ITU BUKAN LAGI REZEKI SAYA... BANGGA DENGAN USAHA SAYA CARI REZEKI YANG HALAL"



"Kenangan rumah ini terlalu banyak untuk dilupakan. Bila saya dapat tahu rumah ini telah dijual, hati ini sedih... tapi saya redha. Mungkin itu bukan lagi rezeki saya.
"Namun saya tetap bangga. Bangga dengan usaha saya mencari rezeki yang halal. Bangga kerana pernah memiliki rumah ini dibeli dengan berkat, daripada insan yang saya idolakan."

Demikian kata pemp£ngaruh media sosial, Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad, menerusi hantaran di media sosial, dimana dia meluahkan rasa sedih apabila mengetahui rumah banglo miliknya kini telah dijual.

Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, tutur Sajat, dia bangga kerana pernah memiliki rumah tersebut hasil usaha melalui rezeki yang halal, meskipun mungkin kini bukan lagi rezeki buatnya.

Jelasnya lagi, rumah tersebut sangat bermakna dan dia masih ingat lagi dengan reka bentuk serta suasananya, walaupun hanya seketika memilikinnya.
"Walaupun hanya seketika, ia sangat bermakna. Saya masih boleh membayangkan setiap sudutnya, reka bentuknya, suasananya.

"Hari ini saya ucapkan selamat tinggal. Rumah hanyalah bentuk, tetapi kenangan akan kekal hidup," katanya.

Semalam, banglo milik Sajat yang terletak di Seksyen 10, Petaling Jaya dilaporkan berjaya dilel0ng pada harga RM3.73 juta.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: