"Semua orang ada azam mereka yang tersendiri, saya juga ada azam saya sendiri hanya Bella dan keluarga yang mengetahuinya termasuk keluarga saya. Insya-Allah masanya akan tiba."
Itulah tutur ahli p0litik, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, ketika membuat kemunculan istimewa pada malam Countdown 2026 di Johor.
Kata-kata Saddiq itu mencvri perhatian ramai apabila cuba memberi bayangan bakal berlaku sesuatu yang istimewa antara dirinya bersama penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, sempena menyambut tahun baharu 2026.
Saddiq tampil bersama di atas pentas ketika Bella membuat persembahan, serta memberitahu perkara itu menjadi azamnya untuk tahun ini.
Pembuka tahun baharu 2026 disambut dengan satu berita gembira lebih-lebih lagi buat peminat BASS (Bella Astillah & Syed Saddiq) ini.
Klik untuk gambar besar
Disamping itu, ahli Parlimen Muar ini dalam masa sama turut menyifatkan pertemuannya dengan Bella sebagai sesuatu yang istimewa, sekali gus menjelaskan tindakannya memaparkan wajah penyanyi itu pada pakaiannya.
"Meeting this wonderful lady next to me, is not hard to answer, kalau tidak saya tidak akan pakai gambar dia pada pakaian saya. Kalau ada pom pom saya akan angkat tapi sebab tiada jadi letak la muka wanita istimewa ini di dada saya," tambahnya.
Menerusi tinjauan di beberapa buah video yang tular, rara-rata peminat tidak sabar untuk menantikan berita gembira yang bakal dikongsikan oleh Bella dan Saddiq.
Untuk makluman, Bella sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz pada 9 September 2016, sebelum bercerai talak satu pada 13 Jun 2024.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 8, dan Ara Adreanna, 5.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment