01 January 2026

RAYU BEKAS SUAMI TUNJUK RESIT SELEPAS INDIVIDU 'BACKUP' ISU CUL4S NAFKAH - RITA RUDAINI PERS0AL KENAPA TAK DATANG TENGOK ANAK SEDANGKAN MAHKAMAH BAGI KEBENARAN



"Arwah (bekas suami) tu dengan kawan dia atau orang yang tak kenal dia, bolehlah dia k£ncing (menipu) lencun... minta beritahu dia tak pernah tanggung tadika, sekolah, insurans, perubatan s@kit demam, baju raya, duit belanja raya dan tempat tinggal anak-anak."

Demikian kata tulis pelakon Rita Rudaini, 49, menerusi perkongsian di Thr£ads, dimana dia dilihat tampil menyenaraikan perkara yang didakwa telah diab@ikan dan tidak pernah ditanggung oleh bekas suaminya, Aidil Zafuan.

Kata-kata Rita itu ditinggalkan pada ruangan komen susulan dakwaan seorang netizen yang mendakwa Aidil tidak pernah mencul@s membayar nafkah untuk anak-anaknya, termasuk memuat naik tangkap layar kenyataan yang pernah dibuat bekas suami pelakon itu berhubung perkara berkenaan sebelum ini.

"Kepada mereka yang komen, kononnya Aidil tak bayar nafkah anak-anak, tolong hadam post (hantaran) Aidil ni. Dia bayar nafkah anak RM3k (RM3,000) tiap-tiap bulan.

Klik untuk gambar besar

"Mungkin ex (bekas isteri) dia tak explain (jelaskan) kat netizen yang ayah anak-anak dia masih bertanggungjawab," tulis individu itu menerusi satu hantaran dimuatnaik di Thr£ads.

Dalam pada itu, Rita atau nama penuhnya, Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, meminta bekas suaminya itu berkongsi resit pembayaran sebanyak RM3,000 sebulan tanpa gag@l.

"Tolonglah beri resit bayaran. Semua orang nak tengok yang berhut@ng skip bayar tu berapa bulan? Tolonglah tunjuk. Netizen perlu tahu." tuturnya.
Ibu kepada dua cahaya mata lelaki itu dalam masa sama turut mempers0alkan jumlah nafkah RM3,000 yang diterima dan menyifatkan angka itu tidak mencukupi.

"RM3,000 pun sebab g@duh di mahkamah. Boleh bayar apa untuk anak-anak? Duit tempat perlindungan anak-anak pun tak lepas RM3,000 itu. Jom law@n di mahkamah. Ada berani?" ujarnya.

Sementara itu, Rita turut mendakwa Aidil tidak pernah datang menjenguk anak-anak mereka, termasuk tidak pernah menghubungi mereka.
"Bercerita saya tak bagi jumpa anak bagai, masa kecil-kecil mahkamah bagi kebenaran seminggu sekali datang tengok anak kenapa tak datang? Telefon pun tidak. Banyak nak cerita cuma arwah (aidil) jangan nafikan," katanya.

Pada 2017, semua k£s mahkamah membabitkan tuntutan nafkah anak, mutaah dan iddah Rita dariapda Aidil telah diputuskan.

Mahkamah memerintahkan Aidil membayar RM3,000 sebulan pada Januari 2015, manakala untuk tuntutan mutaah, dia diperintah membayar RM30,000 pada Oktober 2015.

Untuk makluman, Rita dan Aidil berkahwin pada 2008, namun sah bercerai pada 2013. Hasil perkahwinan itu, mereka memiliki dua orang cahaya mata bersama iaitu Airit Rayyan Rizqin, 16, dan Airit Qaqa Arjuna, 14 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: