"Dia (Nazim Othman) tak bersal@h dalam hal ini (dakwaan buka tudung) Saya yang punca. Ya, saya pun manusia biasa yang tak lari daripada melakukan kesal@han.
"Saya tidak baik, saya pend0sa dan banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki tetapi saya tidak akan berhenti menuntut ilmu dan sebarkan tentang hal-hal agama walaupun saya tidak mampu menutup aurat dengan sempurna.
"Nak tunggu sempurna baru nak buat kebaikan memang sampai m@tilah saya hanyut. Saya pernah cakap, yang baik sila ikut, yang tak baik jangan sesekali ikut.
"Saya tidak akan membela diri kerana benar, menutup aurat adalah wajib," itulah kata pelakon Aprena Manrose, 35, dimana dia tampil bersuara selepas penampilannya yang kini didakwa tidak lagi bertudung itu menjadi bualan ramai.
Klik untuk gambar besar
Disamping itu, Aprena turut mengucapkan penghargaan buat peminat yang banyak memberi sokongan menerusi mesej diterima, selain juga menasihati orang ramai agar tidak mudah bercakap buruk tentang orang lain.
"Pada yang komen bahasa terlalu k£sat itu, sias@t diri sendiri dulu okay? Pastikan korang tak tinggal solat lima waktu.
"Saya maafkan korang semua sebab saya tahu korang hanya bercakap apa yang korang nampak jadi saya tak sal@hkan. Tak nak mendoakan pun tidak mengapa, jaga je keluarga masing-masing," ujarnya.
Sementara itu, anak kepada bekas penyanyi dangdut, Iwan Syahman ini dalam masa sama turut menasihati agar tidak mengeluarkan kata-kata buruk terhadap pelakon Uqasha Senrose dan Kamal Adli yang kini berdepan ujian rumah tangga.
"Lagi satu dah alang-alang saya berfalsafah ni, saya harap nak masuk tahun baru ini, kalian semua berhentilah sebarkan keburukan tentang Uqasha, suaminya dan anak buah saya yang comel itu, Hawra. Jaga percakapan kita, doa yang baik baik sahaja," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment