"Sewaktu menceraikannya (bekas isteri), saya berjanji tidak akan mensia-siakan dia dan anak-anak sampai ke hujung nyawa. Janji itu saya pegang hingga hari ini."
Demikian tulis cef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan, dimana dia memilih untuk terus menjaga kebajikan bekas isteri, Allahyarham Norhayati Ayub ketika hayatnya dan dua anak mereka selama lebih tiga dekad walaupun bercerai sejak 34 tahun lalu.
Chef Wan yang berkongsi kisah peribadi menerusi beberapa hantaran di media sosial, berkata, keputusan bercerai tidak pernah menjadi alasan untuk melepaskan tanggungjawab terhadap bekas pasangan, apatah lagi anak-anak yang menjadi amanah seumur hidup.
Tuturnya lagi, kebajikan bekas isteri terus dijaga sepanjang tempoh itu termasuk menyediakan kediaman, memberi elaun bulanan, selain turut memastikan keperluan anak-anak dipenuhi walaupun mereka kini sudah berkeluarga dan mempunyai kehidupan sendiri.
"Bekas menantu, cucu-cucu, malah menantu yang ada sekarang termasuk ibu bapa mentua saya yang terdahulu, semuanya saya layan dengan baik.
Klik untuk gambar besar
"Hingga kini, saya masih memberi wang sebagai hadiah apabila bertemu mereka atau apabila menantu pulang menziarahi keluarga," ujarnya.
Kongsi Chef Wan ketika mengimbau detik perceraian, dia keluar dari rumah hanya dengan membawa pakaian dan dua pasang kasut, serta turut memindahkan sejumlah besar simpanan ke dalam akaun bekas isteri sebagai jaminan keselamatan hidup.
"Bekas isteri saya tidak pernah bekerja. Persekolahannya hanya sampai darjah lima kerana hidup dalam serba kekurangan sejak kecil. Sebab itu saya rasa bertanggungjawab untuk memastikan hidupnya terjamin," jelasnya.
Disamping itu, Chef Wan dalam masa sama turut mengakui bekas isterinya seorang wanita yang baik, lemah lembut dan setia terhadap keluarga, walaupun perkahwinan mereka tidak kekal akib@t mas@lah ketidakserasian dan c£mburu melamp@u.
"Perceraian bukan bermakna kita boleh buang amanah. Anak-anak tetap dar@h daging kita, dan bekas isteri pernah menjadi pasangan hidup kita. Itu tidak boleh dipadamkan," katanya.
Akhir sekali, Chef Wan yang memuat naik tiga hantaran berkenaan kisah hidupnya, sekaligus menjadi penutup itu juga menyeru agar mereka yang bercerai untuk memaafkan dan tidak menyimpan dend@m kerana itu akan menjadi beb@n kepada em0si.
"Saya selalu percaya bahawa apa yang sudah berlaku biarlah berlalu. Kita tidak mampu mengubah sejarah. Lebih baik memaafkan daripada menyimpan dend@m dan keb£ncian.
"Setiap manusia mempunyai kelemahan dan sejarah silam masing-masing, serta beb@n em0si yang dibawa sepanjang hidup," tuturnya.
Untuk makluman, bekas isteri Chef Wan meninggal dunia pada hari pertama Perint@h Kaw@lan Perg£rakan (PKP) C0V1D akib@t kegag@lan buah pinggang dan mas@lah jantung.
Pemergian ibu kepada dua cahaya matanya itu adalah satu kehilangan yang disifatkan sebagai amat menyentuh perasaan Chef Wan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment