31 December 2025

"ALHAMDULILLAH RASANYA SAYA SUDAH MAMPU" - EBI KORNELIS (AF5) AKUI SUDAH SEDIA MEMASUKI FASA PERKAHWINAN TAHUN DEPAN



"Sebelum ini saya teragak-agak juga fikir bolehkah saya menanggung anak orang, tapi sekarang Alhamdulillah rasanya saya sudah mampu.
"Bakal isteri saya orang biasa saja. Dia banyak menyokong karier seni saya. Kami baru saja kenal dan umur pun lebih kurang juga.

"Dia kenal saya sebagai pemain industri. Dia juga berada dalam bidang seni tapi bukanlah sepenuh masa."

Itulah jelas pelakon dan pengarah filem 'Syurga Dalam Botol', Ebi Kornelis, 42, dimana dia memaklumkan, dirinya sudah bersedia memasuki fasa perkahwinan yang dijangka tahun hadapan.

Kata Ebi, selain usia yang semakin meningkat, keputusan ini dibuat memandangkan keadaan ekonominya mulai stabil.

Bagaimanapun, Ebi yang juga bekas peserta Akademi Fantasia musim kelima (AF5) itu memaklumkan, hari perkahwinannya itu belum mempunyai tarikh tetap.

"Belum ada lagi tarikh sebenar, tapi bakal isteri saya seorang yang memahami. Sebabnya umur saya dah berapa.

"Takkan saya nak ambil yang untuk berseronokkan? Sekarang pun saya memang nak fokus untuk masa depan dengan pr0duk-pr0duk terbaru," tuturnya.

Terdahulu, Ebi mencatat sejarah tersendiri apabila filem pertama arahannya yang dihasilkan menggunakan dana First Time Amateur Filmmaker (FAME) Finas berjumlah RM500,000 mendapat sambutan.

Filem 'Syurga Dalam Botol' yang berkisarkan isu kemanusiaan dan realiti kehidupan masyarakat terpingg1r berjaya mendapat kutipan sebanyak RM1.8 juta menerusi tayangan di seluruh negara.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: