"Patutlah jual rumah nama bersama sebelum ini. Dah lama rancang. Saya je lalai."
Demikian kata bekas isteri kepada Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, dimana dia mendakwa segala tindakan yang dilakukan oleh bekas suaminya itu seolah-olah sudah lama dirancang.
Ujar Dr Afifah atau Dr Fie, tindakan Nubhan bukan hanya berkaitan isu mengeluarkan barang dari rumah, malah menjual rumah atas nama bersama sebelum ini juga menimbulkan tanda tanya.
Bukan itu sahaja, Dr Fie dalam masa sama juga meragui pemberian sebuah kereta Toyota Vellfire oleh bekas suaminya itu sebelum ini.
Klik untuk gambar besar
Menurut ibu kepada tiga orang anak ini lagi, kenderaan yang pada awalnya dijadikan sebagai hadiah itu kemudian ditukarkan kepada sebuah kereta baharu jenama sama.
Malah dalam keadaan dirinya dih1mpit pelbagai cerita pan@s, Dr Fie turut mendakwa kemungkinan perkahwinan mereka sebelum ini hanyalah sebagai satu bahan cerita buat tatapan peminat.
"Kereta Vellfire kononnya k£jutan buat saya sekarang sudah jadi Alphard warna putih. Tukar kereta pun k£jutan juga.
"Kalau nama saya boleh ke tukar suka-suka hati tanpa izin? Agaknya kahwin pun hanya content," luahnya.
Nama Nubhan sekali lagi menjadi perhatian selepas Dr Fie mendakwa bekas suaminya itu membawa keluar barang peribadi miliknya tanpa mendapat persetujuan.
Dr Fie tidak mengetahui tindakan bekas suaminya itu untuk mengeluarkan barang tersebut kerana sedang berada di luar negara bersama anak-anak.
Untuk makluman, Nubhan dan Dr Fie mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015, namun disahkan bercerai talak dua pada awal Disember lalu selepas melalui prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Selangor.
Hasil perkongsian hidup, Nubhan dan Dr Fie dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aafan, 6, dan Afzan Nayille, 3.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment