31 December 2025

USIA 17 TAHUN - ANAK SULUNG ALIFF SYUKRI, AMMAR AHYAN TERIMA HADIAH JAM ROL£X



"Rol£x pertama Ammayan bertatahkan berlian... Papa dah ronda London dan lebih tiga hingga empat kedai semua tak ada stok. Kedai ni sahaja ada stok."
Itulah kata usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri, dimana dia menghadiahkan jam tangan Rol£x pertama buat anak sulungnya, Ammar Ahyan atau Ammayan ketika mereka sedang bercuti di luar negara.

"Semoga Ammar ingat usaha abah untuk Ammar bila besar nanti. Ramai orang ingat bila papa belikan jam ni membazir hakikatnya jam ni naik value," tuturnya yang berkongsi perkara itu menerusi media sosial.

Jelas Aliff, jam tangan mewah tersebut dianggarkan berharga RM250,000, dan difahamkan, selepas ini, anak Aliff yang ketiga pula akan menerima hadiah jam tangan.

"Ini anggaran dalam RM250,000, Ammayan punya jam yang abah hadiahkan, nak tengok dia gembira ke tidak. Yang penting Ammayan dah ada, Ammayan kena rajin lagi tau, lepas ni Baim pula," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: