"Nedim seorang lelaki yang baik. Saya juga selesa berkawan dengannya dan keluarga. Namun, hubungan kami masih baru lagi.
"Bila bekerja di lokasi penggambaran pun, saya berasa seronok dan gembira. Bila kita berjumpa dengan orang yang tepat, kita berasa lebih gembira dan bersemangat dalam hidup.
Demikian kata pelakon Nadia Brian, 34, ketika diminta mengulas hubungannya dengan usahawan Nedim Nazri atau Boss Ned, 42, yang hangat diperkatakan ramai ketika ini.
Dalam pada itu, Nadia atau nama sebenarnya, Nadia Najwa Mohamed Rashidi, mengakui, selepas menjalinkan hubungan dengan Boss Ned, banyak perubahan p0sitif dalam hidupnya.
Mengulas mengenai hubungan direstui netizen, Nadia meluahkan rasa syukur kerana hubungannya dengan Nedim mendapat sokongan ramai termasuk di kalangan peminat.
"Alhamdulillah, ramai pihak mendoakan yang baik-baik buat kami menerusi komen di media sosial. Seperti yang saya beritahu sebelum ini, kami masih lagi dalam fasa berkawan dan mengenali hati budi masing-masing.
"Saya harap semua pihak terus mendoakan yang baik-baik buat kami berdua. Soal jodoh kita serahkan kepada Allah SWT," tutur pelakon filem 'Duyung: Lagenda Aurora' ini.
Disamping itu, Nadia berkongsi, dia dan Nedim bakal bertemu dan berkenalan dengan keluarga kedua belah pihak dalam tempoh terdekat.
"Bagi pihak keluarga pula, hubungan kami masih lagi baharu dan kami merancang untuk mengadakan pertemuan dengan keluarga masing-masing. Insya-Allah, semuanya masih dalam perancangan lagi," jelasnya.
Terdahulu, Nadia dan Nedim dilihat semakin terbuka berkongsi mengenai hubungan mereka menerusi momen-momen romantis termasuk meraikan Tahun Baru 2026 bersama yang dimuat naik di media sosial.
Selain bekas isteri Nedim iaitu pelakon Nora Danish, hubungan mereka turut direstui netizen yang turut mendoakan mereka ke jenjang pelamin.
Untuk makluman, Nadia pernah berkahwin dengan ahli perniagaan, Muizz Nasruddin pada 9 November 2019, namun rumah tangga mereka hanya bertahan empat bulan dan bercerai pada April 2020.
Manakala, Nedim pula berkahwin dengan Nora Danish pada 30 Mac 2017 dan bercerai secara baik sekitar hujung April tahun lalu. Hasil perkongsian hidup, mereka juga dikurniakan anak lelaki, Mohamed Neqayl yang kini berusia tujuh tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment