02 January 2026

PENAT DENGAR KRIT1KAN - LIYANA JASMAY 'BUAT MUKA BARU' 2026 : "NANTIKAN WAJAH SAYA SELEPAS TRANSFORMASI" - LIYANA JASMAY



"Nak cantik memang kena buat rawatan muka. Kalau tak, orang asyik cakap mata kuyu, muka tak segar, nampak penat, kulit kusam dan gelap."

Itulah tulis pelakon Liyana Jasmay, 38, menerusi hantaran di media sosial miliknya, dimana dia memilih untuk tidak lagi terb£ban dengan krit1kan neg@tif netizen berhubung penampilan wajahnya yang dikatakan tidak bermaya.

Akui Liyana, dia penat mendengar komen-komen tidak membina dan kini mahu mengutamakan penjagaan diri dan melakukan rawatan muka (facial) secara berkala untuk kelihatan lebih segar dan menarik selepas ini.

Klik untuk gambar besar

Disamping itu, Liyana berkata, memasuki tahun 2026, dia semakin menitikberatkan penjagaan wajah dan bersedia untuk tampil dengan transformasi baharu.

Malah, tutur pelakon itu lagi, dia berasa teruja menantikan perubahan tersebut dan berharap ia memberi inspirasi kepada peminat untuk menjaga diri dan penampilan.

"Jadi tahun 2026, kita buat je muka kita! Nak mancungkan hidung, buang lines kat leher, buat jawline. Saya nak jadi wowzer tahun 2026. Nantikan wajah saya selepas transformasi," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: