02 January 2026

BERANGKAT TUNAI UMRAH - HADIAH K£JUTAN ERRA FAZIRA BUAT SUAMINYA, EZWAN ZAIN



"Ini hadiah saya kepada suami. Kami pergi berdua. Sebenarnya hadiah ini adalah k£jutan untuk suami, tapi saya terpaksa beritahu destinasinya kerana perlu dapatkan pasport untuk mohon visa.

"Pada awalnya saya hanya minta dia 'bl0ck' tarikh saja dan beritahu nak bawa ke sebuah tempat, tapi sebab tiada pilihan saya terpaksa beritahunya."

Demikian kata pelakon Erra Fazira, 51, yang kini selamat berangkat menunaikan ibadah umrah bersama suami tercinta yang merupakan seorang usahawan, Ezwan Zain pada Jumaat.

Jelas Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, sepatutnya perjalanan ke Tanah Suci Makkah adalah hadiah k£jutan buat Ezwan, namun terpaksa didedahkan lebih awal kerana perlu menguruskan pasport dan permohonan visa.

Klik untuk gambar besar

Erra menerusi satu video yang dimuat naik di media sosial, turut memohon doa daripada orang ramai agar perjalanannya ke Tanah Suci bersama suami dipermudahkan.

"Doakan kami. Moga semuanya berjalan lancar dan diberkati. Mohon maaf andai ada sal@h dan sil@p di mana-mana daripada kami berdua," tuturnya.

Dalam perkongsian tersebut, pasangan yang mengenakan jubah dan baju Melayu berwarna hitam itu dilihat sudah berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Terdahulu, Erra selamat bernikah dengan Ezwan pada 12 Disember lalu di Rinjani Majestic, Subang selepas 11 tahun bergelar ibu tunggal.

Erra sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan anggota KRU, Datuk Yusry Abdul Halim, namun mereka bercerai pada 2006 selepas tiga tahun berkahwin dan tidak dikurniakan cahaya mata.

Primadona itu kemudian berkahwin dengan usahawan, Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya, sebelum berpisah pada 2014.

Manakala, Ezwan pula sudah lapan tahun bergelar duda dan mempunyai seorang anak perempuan, Dania Sofea.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: