"Saya sudah buat laporan polis semalam (Khamis). Selepas ini saya akan serahkan semuanya mengikut tindakan undang-undang. Peguam saya cakap tindakan dia (Nubhan) melangg@r undang-undang.
"Kalau kita sewa rumah pun, mereka tak boleh memegang atau mengeluarkan barang tanpa izin. Bagi saya ia telah melangg@r privasi. Di rumah adalah hak privasi kita, bukan semua orang boleh tengok dan pegang barang saya."
Itulah jelas bekas isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, dimana dia membuat laporan polis pada Khamis selepas barangan peribadi miliknya dipindahkan keluar tanpa n0tis.
Kata Dr Afifah atau lebih dikenali sebagai Dr Fie, tindakan bekas suaminya itu dianggap melangg@r privasi dan perkara tersebut tidak sepatutnya dilakukan tanpa kebenaran.
Apa yang lebih kec£wa Dr Afifah, tindakan Nubhan apabila meminta individu lain mengeluarkan barangan tersebut tanpa mengambil kira keadaan rumahnya ketika itu.
Klik untuk gambar besar
"Saya rasa perkara ini telah meng@nggu kredibiliti saya. Saya tak suka orang pegang-pegang barang privasi milik saya," tuturnya yang turut memberitahu, dia dan anak-anak kini menetap di rumah ibunya, sementara barangan miliknya masih berada di luar rumah.
Dalam pada itu, menurutnya lagi, dia juga perlu menjelaskan keadaan itu kepada anak-anak yang bingung apabila sudah tidak menetap di rumah lama.
"Buat masa sekarang saya duduk di rumah emak. Barang-barang saya masih di luar rumah. Nak masukkan barang dalam rumah pun dah penuh. Dah jadi satu kerja saya nak kena kemas semula barang-barang itu.
"Kalau saya nak pindah rumah, dah dua kali kerja. Anak-anak pun ada bertanya kenapa barang-barang ibu dekat sini (luar rumah). Saya cuba fahamkan anak-anak dengan memberitahu itu bukan rumah kita lagi.
"Nanti ibu (panggilan Dr Afifah) cari rumah baru, rumah yang lagi best," ujarnya yang sebelum ini mendakwa Nubhan mengeluarkan barang-barang miliknya ketika dia sedang bercuti di Vietnam, baru-baru ini.
Nubhan yang kini sedang bertanding dalam pr0gram Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) itu dalam satu kenyataan menerusi peguamnya memberitahu, dia telah memberi tempoh sehingga habis idah untuk tinggal di rumah yang dibelinya itu.
Untuk makluman, Nubhan mendirikan rumah tangga dengan Dr Fie pada 29 Ogos 2015, namun bercerai talak dua pada awal Disember lalu selepas melalui pr0siding di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Selangor.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 9, Ahmad Aafan, 7, dan Afzan Nayille, 4 tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment