02 January 2026

"SAYA SANGGUP BERG0LOK-BERGAD4I TERMASUK PINJAM AL0NG MELAYU HINGGA CAGARKAN SURAT BERANAK ANAK" - YUSOF HASLAM IMBAU PERJALANAN HIDUP



Demi mencukupkan modal menerbitkan drama pertama, pemilik empayar Skop Pr0ductions iaitu Datuk Yusof Haslam, 71, mendedahkan, dia pernah menjadikan sijil kelahiran atau surat beranak anaknya yang juga pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof sebagai cagaran kepada peminjam wang tidak berlesen atau al0ng.
Menubuhkan Skop Pr0ductions pada 1985, Yusof mengimbau, beliau berada dalam keadaan terd£sak dan mahu mer£but peluang bagi mendapatkan k0ntrak drama bernilai RM300,000 daripada RTM yang ketika itu mula menerbitkan drama melalui pr0jek penswastaan dan sedang mencari penerbit berkelayakan.

"Selepas lima bulan Restoran Haslam beroperasi, saya buka pula Skop Pr0duction pada 1985. Kebetulan, ketika itu RTM laksanakan pr0jek penswastaan drama. Jadi, mereka buka tender kepada penerbit tempatan. Saya ambil peluang itu atas galakan sahabat, Datuk Latifi yang ketika itu pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP).

"Saya kenal beliau ketika penggambaran filem 'Bukit Kepong'. Filem itu menjadi 'turning point' dalam hidup saya. Jika tidak kerana filem itu, saya tidak kenal anggota polis dan tidak wujudlah drama kepolisan saya.

"Latifi yang galakkan saya terbitkan drama berbentuk kepolisan kerana dia beritahu, drama berbentuk kekeluargaan sudah banyak," jelas Yusof yang turut mengaku, ketika itu beliau tidak tahu menahu mengenai dunia kepolisan, namun Latifi berjanji membantunya.

"Saya masih ingat, ketika itu, dalam tangan saya hanya ada RM20,000. Hendak dapatkan surat jaminan daripada bank perlu ada sekurang-kurangnya RM45,000. Kawan saya adalah bantu sedikit sebanyak, tetapi, masih tidak mencukupi. Saya cuba pinjam ke sana ke mari demi mencukupkan modal RM45,000.

"Saya sanggup berg0lok-bergad@i termasuk meminjam daripada al0ng Melayu hingga terpaksa cagarkan surat beranak anak. Itulah bagaimana bermulanya pembabitan saya dalam penerbitan drama," katanya yang dipetik dalam pr0gram audiosiar Buat Saja P0dcast.

Tuturnya, drama pertama yang dihasilkan Skop Pr0ductions berjudul 'Remang-Remang Kota Raya' sebanyak lima episod, dimana judul drama itu juga diberi Latifi.

Peng0rbanan Yusof yang terpaksa berg0lok bergad@i ternyata berhasil apabila beliau berjaya mendapat k0ntrak RM 300,000 daripada RTM hingga lahirnya pr0jek kedua, ketiga dan seterusnya.

Dalam pada itu, Yusof berkata, selain galakan daripada Latifi untuk menubuhkan syarikat penerbitan, kesedarannya juga timbul kerana mengingati pesanan arwah bapa yang mahu beliau mencari pekerjaan lain kerana dunia lakonan tidak menjamin masa depan.

Yusof atau nama sebenarnya, Mohd Yusof Md Haslam Khan, mengimbau perjalanan hidup termasuk melakukan pelbagai jenis pekerjaan ketika muda.

"Selepas 10 bulan bekerja sebagai konduktor bas, saya cuba nasib di Merdeka Film milik Shaw Brothers. Saya dapat berlakon filem Permintaan 'Terakhir' arahan Datuk Jamil Sulung. Ketika itu, k0ntraknya dianggap lumayan di mana saya dibayar RM1,500.

"Tetapi, arwah bapa tidak gembira. Arwah pesan supaya tidak letakkan harapan kepada bidang lakonan. Bapa tidak mahu saya jadi seperti Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

"Tetapi, saya masih berangan lagi. Sebelum arwah bapa meninggal dunia akib@t s@kit kans£r, arwah menangis minta saya buat kerja lain. Arwah beritahu jika tidak, dia pergi dalam keadaan tidak tenang.

"Ketika jenazah bapa dimasukkan dalam liang lahad, saya menangis. Saya sedar apa yang bapa cakap memang betul sebab setahun, saya hanya dapat peluang berlakon satu filem sahaja.

"Dahulu filem pun tidak banyak. Stesen televisyen (TV) pun hanya ada sebuah. Kebanyakan penerbit yang ada ketika itu adalah penerbit filem bebas, selepas satu atau dua filem, mereka lenyap," ujarnya.

Suami kepada Datin Patimah Ismail itu dalam masa sama juga teringat kata-kata abangnya yang turut beritahu, dunia filem di Malaysia bukan seperti Hollywood.

"Abang saya pun ada nasihatkan saya. Dia kata ini bukan Hollywood. Dia t@kut saya mer£mpat. Saya pun kena realistik. Sambil berlakon, saya buat kerja lain. Saya jual kereta terpakai dan baju 'bundle' untuk tambah pendapatan.

"Pada usia 23 tahun saya tersedar, saya tak nak jadi seniman yang hanya memiliki nama gah, tetapi kehidupan tidak sempurna. Bagaimanapun, saya tidak sal@hkan seniman dahulu.

"Mereka adalah seniman sejati yang betul-betul hidup m@ti hanyalah dunia filem seperti Allahyarham M Shadan yang tak buat kerja lain selain berlakon," katanya.

Selepas lima tahun menerbitkan drama dengan lebih 40 judul dihasilkan, barulah Yusuf berjinak-jinak menerbitkan filem, dimana filem pertama terbitannya berjudul 'Bayangan M@ut' yang menampilkan Noor Kumalasari dan Ella itu berjaya mencecah kutipan sebanyak RM1 juta.

Disamping itu, akui Yusof, beliau pada mulnya tidak yakin filem itu mampu mengutip kutipan sebanyak itu, malah katanya, beliau hampir membatalkan hasrat menerbitkan filem berkenaan kerana sambutan terhadap filem Melayu ketika itu, lesu.

"Zaman saya buat filem, banyak filem luar masuk. Jadi, filem tempatan tidak boleh 'jalan'. Saya jadi t@kut hingga hampir tidak mahu buat filem. Tetapi, isteri beri galakan. Saya bimbang melihat penerbit yang 'bungkus' selepas satu atau dua filem.

"Zaman itu, orang tidak mahu tengok filem Melayu. Saya pernah pergi tonton wayang, ketika iklan sebuah filem Melayu dimainkan, ada orang jerit, baliklah, siapa hendak tengok filem Melayu. Ketika itu, saya belum buat filem lagi.

"Namun, isteri saya beri galakan. Dia cakap, cuba sahajalah, kalau berjaya teruskan. Lagipun, saya sudah ada restoran, isteri beritahu, jika berlaku apa-apa, saya sudah ada tempat bergantung," tuturnya yang teringat pada malam pertama filem 'Bayangan M@ut' ditayangkan di pawagam Odeon di ibu negara.

"Saya memang t@kut hingga ketika memandu ke panggung Odeon bersama A Galak, tangan saya mengigil. Saya lalu depan Odeon nampak orang sudah penuh. Kebetulan sahabat saya, Allahyarham Yusof Kelana ada di situ.

"Arwah datang kepada saya ucapkan tahniah kerana 12 panggung semuanya habis malam itu," kongsinya ketika mengimbau kembali kenangan kira-kira 40 tahun lalu.

Filem kedua terbitan Skop Pr0ductions iaitu 'Pemburu Bayang' turut mencatat kutipan memberangsangkan apabila meraih kutipan bernilai RM1.8 juta.

Filem seterusnya 'Sembilu' pula mengaut RM4.7 juta biarpun lari daripada genre kepolisan. Selepas itu, 'Sembilu II' yang menyusul pula meraih kutipan 'box office' RM6 juta sehingga Yusof mendapat julukan 'Six Million Dollar Man'.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: