01 January 2026

TAHUN BAHARU 2026 : UQASHA SENROSE MAHU CIPTA BAHAGIA BERSAMA ANAKNYA - KAMAL ADLI PULA KATA SEBALIKNYA : "NEW YEAR PALING TAK 'BEST'..."



"Kepada Uqaira, mari kita mulakan perjalanan 2026 bersama-sama. Kita corakkan muka surat kosong dengan mencipta bahagia. Belum terlambat lagi untuk memulakan semuanya semula."

Demikian tulis pelakon Uqasha Senrose, 33, dimana dia mahu mencipta memori kebahagiaan bersama anak tunggal, Hawra Uqaira yang berusia 19 bulan, sempena tahun baharu 2026.

Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, berkongsi perkara itu menerusi hantaran Thr£ads, yang turut meluahkan masih belum terlambat untuk kembali memulakan hidup baharu.

Disamping itu, Uqasha juga mendoakan urusan semua orang termasuk dirinya dipermudahkan, selain berkata, jangan menoleh ke belakang dan apa yang berlaku mengajar erti sebenar kehidupan.

"Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua di depan hari. Jangan toleh ke belakang. Anggaplah apa yang terjadi menjadi kenangan untuk mengajar kita erti sebenar kehidupan.

"Terima kasih untuk kenangan terutama pada 2024 dan 2025. Pahit, manis, sedih dan mar@h adalah rasa yang Allah bagi untuk kita menjadi orang yang lebih kuat," tutur pelakon drama 'Perempuan Tanpa D0sa' itu

Sementara itu, suami kepada Uqasha iaitu pelakon Kamal Adli menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Thr£ads miliknya, memaklumkan, dia tidak bersemangat untuk menyambut tahun baharu.

Kamal nampaknya tidak seperti kebanyakan individu lain yang gembira menantikan kedatangan tahun 2026, namun dia sebaliknya.

Ini kerana Kamal atau Ahmad Kamal Adli, 39, berkata, situasi yang dilalui ketika ini membuatkan dia suk@r untuk berpura-pura gembira.

Klik untuk gambar besar

"Ramai yang tanya semalam (Rabu) saya sambut tahun baru di mana. Beritahu saya macam mana nak sambut nak gembira dan senyum-senyum depan orang.

"Nak tengok bunga api pun tak sampai hati. New year (tahun baru) paling tak best. Allah saja yang tahu. Nasib ada sh00ting dan ada thr£ads ni.

"Enjoy your day rakyat (netizen)," ujarnya yang dalam masa sama bersyukur apabila kehidupannya kini sibuk dengan kerja.

Luahan jujur Kamal itu nyata mendapat pelbagai reaksi daripada netizen apabila ramai menitipkan kata-kata semangat dan mendoakan agar pelakon itu terus kuat menghadapi dug@an.

"Tak mengapa bro, apa yang diambil pasti diganti dengan lebih baik. Allah ada untuk kita semua."

"Semangat Kamal untuk 2026. Semoga Allah memudahkan segala urusan awak," antara komen-komen netizen.

Sejak beberapa bulan lalu, kem£lut rumah tangga Uqasha dan suami, Kamal Adli hangat diperkatakan.

K£s perceraian mereka masih berlangsung di mahkamah syariah dan masing-masing dijadual menjalani pr0siding hakam pada 12 Januari ini.

Pros£dur itu ditetapkan berikutan sesi Jawatankuasa Pendamai (JKP) antara mereka pada 18 Disember lalu, gag@l.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: