01 January 2026

AMBANG TAHUN BAHARU 2026 - KEKASIH BUAT K£JUTAN LAMAR DIDI ASTILLAH



"Mulakan tahun baru dengan Yes!" kata penyanyi Didi Astillah selepas mendapat k£jutan apabila dilamar kekasihnya, Diniey Ng ketika acara konsert ambang tahun baharu 2026 di Sunway City Iskandar Puteri, Johor Bahru, Johor.

Menerusi video yang dikongsikan, Didi dan Diniey pada awalnya berdiri di tempat penonton sedang menyaksikan persembahan.

Kemudianya, lelaki tersebut membuat k£jutan mengeluarkan bekas cincin sambil melutut dan menyarungkannya ke jari manis adik kepada penyanyi dan pelakon Bella Astillah itu.

Klik untuk gambar besar

Didi atau nama sebenarnya, Dayang Nazilah Awang Astillah, 30, yang setuju dengan lamaran tersebut, meluahkan rasa gembira dan menyifatkan momen istimewa itu sebagai permulaan baharu untuk tahun ini.

Apa yang lebih manis, Diniey kemudian dilihat bersalaman dengan ibu Didi yang juga ada di tempat berkenaan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: