01 January 2026

PERSEMBAHAN LUAR BIASA AMIR MASDI DI 'KONSERT COUNTDOWN KITA 2026' PUKAU SEMUA PENONTON & RAKAN ARTIS - NYANYI DI ATAS BANGUNAN SETINGGI 2 TINGKAT



"Saya dapat berdiri dan menyanyi di atas satu bangunan yang ketinggiannya lebih kurang 2 tingkat pada detik jam 12 pagi peralihan tahun 2025 ke 2026 itu adalah satu detik manis buat saya.

"Lebih-lebih lagi pentas di atas itu hanya untuk saya dan menyanyikan lagu 'The Final Countdown'. Saya sangat berterima kasih untuk semua yang terlibat dalam menjayakan projek ini dan ia mungkin menjadi satu projek yang ikonik untuk saya."

Itulah kata penyanyi Amir Masdi, dimana dia menyifatkan peluang membuat persembahan di atas sebuah bangunan setinggi hampir dua tingkat sempena tahun baharu sebagai satu pengalaman yang cukup manis dan sukar dilupakan dalam perjalanan seninya.

Selain Amir, 'Konsert Countdown Kita 2026' turut dimeriahkan dengan persembahan Faizal Tahir, Ella, Aisha Retno, Rayme, Didie Shazry, Wanie Kayrie, Nadeera, Hael Husaini, Audra dan kumpulan Alpha.

Klik untuk gambar besar

Ujar Amir yang bakal memasuki usia 30 tahun pada bulan Oktober nanti, pentas berkenaan dikhaskan sepenuhnya buat dirinya untuk menyampaikan lagu 'The Final Countdown' dalam persembahan istimewa tepat jam 12 tengah malam itu, sekaligus menjadikan ia sangat bermakna.

Dalam pada itu, akui Amir, meskipun telah melalui sesi latihan sebelum persembahan, namun perasaannya bercampur baur dan masih sukar mempercayai pengalaman luar biasa tersebut.

"Sangat-sangat tak percaya. Masa saya buat 'rehearsel' saya rasa benda itu biasa sahaja tapi selepas naik untuk buat persembahan, saya rasa ia sangat mengujakan melihat lautan manusia di bawah sana.
"Dengan adanya bunga api saya rasa ia sangat best. Sampai sekarang saya masih terbayang-bayang persembahan saya tadi," tuturnya.

Persembahan luar biasa penyanyi lagu 'Nurcinta' itu telah memukau penonton, termasuklah rakan-rakan artis yang turut meluahkan rasa kagum.

"Cikgu suruh fly high, sekali dia betul-betul terbang pulak 🀘," ujar penyanyi KRU dan komposer, Edry Abdul Halim.
"Style!!!!!! πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯," kata penyanyi Liza Hanim.

"G1la gempak weh.! Meremang tengok repeat banyak kali. Good job! πŸ’ͺ🏻πŸ’ͺ🏻," komen penyanyi dan pelakon Khai Bahar.

"Fuh! Ingatkan MJ tadi πŸ”₯πŸ”₯ Happy New Year Amir!" tulis penyanyi Indah Ruhaila.
"Paling styleπŸ™ŒπŸ™ŒπŸ™ŒπŸ™Œ Happy New Year brother," tutur penyanyi Syamel pula.

"Rockstarrrrr," ujar penyanyi Zynakal.

"G1laaaaa 😍😍😍," kata pelakon Zahiril Adzim.

"You are amazing! I hope malaysian will take you seriously πŸ”₯," tulis penyanyi kumpulan Defam, Sophia Liana.
"Dapat Piala πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯," tutur penyanyi, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein pula.

"Cr@zyyyyπŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯ Happy New Year my broπŸ™Œ," tutur ahli kumpulan Alpha, Ariel Fesol.

"Lu memang gil£r bro πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯," ujar pelawak dan pelakon, Namie.

"🫢🏻🫢🏻🫢🏻🫢🏻🫢🏻🫢🏻," demikian reaksi penyanyi Haqiem Rusli.
"Amazing πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯," ujar Hunny Madu.

"PaduπŸ”₯," tulis penyanyi Usop.

"LOVE," komen ringkas penyanyi Aisha Retno.

"Menang!!!!!πŸ”₯πŸ”₯," kata penyanyi Wani Kayrie pula.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: