"Saya tidak menolak, saya tak pernah menolak. Perancangan itu sudah tentu ada dengan Syamel kerana komitmen mempunyai anak ini adalah satu tanggungjawab yang sangat besar.
"Andai kata rezeki pada tahun 2026 ini ada lagi seorang bayi, Insya-Allah kita usahakan. Kerana hendak mengandung pun bukan hari ini nak, esok terus dapat. Itu sesuatu rezeki daripada Allah."
Demikian jelas penyanyi Ernie Zakri, 34, dimana dia suaminya yang juga penyanyi, Syamel, tidak menolak perancangan untuk menambah ahli keluarga sekiranya dikurniakan rezeki cahaya mata kedua pada tahun ini.
Jelas Ernie atau nama sebenarnya, Nur Ernie Shahirah Zakri, dia sentiasa bersikap terbuka dalam soal zuriat, meskipun menyedari jadual seni mereka bakal padat sepanjang 2026.
Dalam pada itu, penyanyi lagu 'Ku Bersuara' itu berkata, dia memahami bahawa proses kehamilan dan membesarkan anak memerlukan persediaan ment@l dan fizikal yang kuat.
Klik untuk gambar besar
Akui Syamel sambil berselor0h, peng0rbanan seorang isteri yang perlu melalui tempoh kehamilan dan berpantang adalah perkara utama yang perlu dipertimbangkan.
"Dalam kesibukan itu, saya selalu cakap benda ini, yang mengandungnya wanita. Kita (lelaki) masa dia berpantang pun masih lagi boleh main bola.
"Jadi, saya tanya semula kepada 'tuan punya badan', adakah dia bersedia? Kalau dia sudah bersedia, saya ikutkan saja," ujarnya.
Untuk makluman, Ernie dan Syamel mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Khawla Soleha yang kini berusia empat tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


No comments:
Post a Comment