22 February 2026

AL-FATIHAH - ABANG MIMI LANA DIJEMPUT ILAHI



"Allah Maha Besar. Allah maha mengetahui segala-galanya. Abang kandung saya, Muhamad Sharul Affandy Zainal Abidin telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi pukul 12.30 tengah hari. Nak minta jasa orang ramai sedekahkan al-Fatihah untuk abang saya."
Itulah tutur pelakon Mimi Lana, 31, menerusi hantaran di Thr£ads, dimana dia berkongsi khabar duk@ kehilangan abang kandungnya yang meninggal dunia pada Ahad.

Dalam hantaran tersebut, isteri kepada pelakon Syafiq Kyle ini bagaimanapun tidak menjelaskan punca serta lokasi abangnya meninggal dunia.

Klik untuk gambar besar 
Disamping itu, Mimi turut mendoakan agar roh arwah abangnya yang meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki ini ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Mimi dalam masa sama turut memohon orang ramai mendoakan agar isteri, anak serta seluruh keluarga Allahyarham diberi kekuatan lebih-lebih lagi bersempena Ramadan.

"Tolong doakan isteri, anaknya dan seluruh keluarga diberi kekuatan di bulan mulia ini. Yana (Mimi) akan sentiasa ada untuk Sara dan Sulaiman sampai bila-bila. Yana janji," ujar pelakon filem 'Mencari Ramlee' itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: