22 February 2026

SELEPAS SEBULAN - SITI SALEHA DEDAH WAJAH ANAK SULUNGNYA, INDRA



"Assalamualaikum, Indra ucapkan selamat berpuasa kepada semua! 🥰 Tapi Indy tak puasa tau...🍼"

Itulah tulis pelakon Siti Saleha, 36, menerusi media sosial, dimana dia akhirnya mendedahkan wajah anak sulungnya, Indra kepada umum selepas sebulan dilahirkan.

Dalam perkongsian itu, pemilik nama sebenar, Siti Saleha Mohd Baharum, memuat naik gambar sesi fotografi bersama anak dan suaminya, Joshua Fitton.

Bukan itu sahaja, malah suami Saleha atau mesra disapa Sally itu tampil berimej baru dengan rambut pendek.

Sebelum ini, Saleha yang mendirikan rumah tangga dengan Joshua pada 15 Februari 2025, telah berkongsi khabar gembira menyambut kelahiran cahaya mata pertama pada 13 Januari lalu.

Klik untuk gambar besar


         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: