"Alhamdulillahilladzi bini'matihi tatimmush sholihaat. Masya-Allah tabarakallah. Terima kasih ya rabb udah kirim dia untuk kami.
"Urwah Muhammad Syahki" semoga menjadi anak yang shalih dan bisa membawa kita ke syurganya Allah.
"Teruntuk istriku yang shalihah, terima kasih ya sayang atas peng0rbananya, s@kitnya, cape nya semoga semua ini menjadi penghapus d0sa buat kamu.
"Aku, ukkasya, ummaira, urwah sayang mami, Zaskia Sungkar," demikian tulis penyanyi terkenal Indonesia, Irwansyah, 41, menerusi perkongsian di media sosial miliknya, dimana dia selamat menimang cahaya mata lagi.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Irwansyah yang pernah dikenali di Malaysia dengan filem 'Heart' pada 2006 dan lagu 'Pencinta Wanita' ini turut memaklumkan, dia dan isterinya memilih nama 'Urwah Muhammad Syahki' untuk anak mereka yang baru dilahirkan itu.
Meninjau di ruangan komen, pasangan ini menerima banyak ucapan tahniah dan doa daripada rakan selebriti termasuk pelakon dari Malaysia, Janna Nick serta peminat mereka yang gembira dengan berita berkenaan.
"Alhamdulillah.. Congrats irwan & zaskia ❤️❤️❤️," tulis Janna.
Untuk makluman, Irwansyah mendirikan rumah tangga dengan Zaskia pada 15 Januari 2011 dan menimang cahaya mata pertama mereka, Ukkasya Muhammad Syahki, 5, pada 30 Mac 2021.
Selain Ukkasya, pasangan selebriti itu juga memiliki seorang anak angkat perempuan yang diberi nama Ummaira, berusia dua tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!





No comments:
Post a Comment