23 February 2026

"TERIMA KASIH UNTUK HARAPAN PALSU SELAMA SETAHUN" - AMYZA AZNAN MOHON DOA & BANTUAN SELEPAS KELUARGA DIMINTA DOKTOR UNTUK 'STANDBY'



"Assalamualaikum kepada seluruh rakyat Malaysia. Saya ibu kepada Andre Mikhail, sekarang berada di hospital. Tolong doakan anak saya. Kepada sesiapa yang pandai, tolong ikhtiarkan dengan mungkin apa saja perubatan, tolong.

"Doktor suruh keluarga bersedia, Ya Allah tolonglah. Sesiapa yang bijak pandai, hebat dalam bidang selain hospital."

Demikian kata pelakon Amyza Aznan, 50, menerusi hantaran di media sosial, dimana dia berhadapan detik c£mas dan berhubung itu, dia merayu agar seluruh rakyat Malaysia mendoakan kesihatan anak sulungnya, Andre Mikhail yang difahamkan semakin krit1kal di Hospital Kuala Lumpur (HKL) disebabkan kans£r paru-paru.

Sementara itu, dalam hantaran lain pula, Amyza berkata, dia membuat keputusan mengeluarkan anak sulungnya yang sedang menerima rawatan di hospital berkenaan.

Klik untuk gambar besar

Tidak mendedahkan secara terperinci mengenai punca keputusan tersebut dibuat, Amyza yang seakan-akan meluahkan rasa kec£wa apabila diberi harapan palsu selama setahun itu sebaliknya menyerahkan soal kesembuhan Andre kepada keajaiban.

"Terima kasih untuk harapan palsu selama setahun. Anak saya, Andre Mikhail akan saya keluarkan dari hospital pada hari ini. Hanya mengharap keajaiban," tuturnya.

Amyza yang dilihat setia berada di pangkuan anaknya yang berada dalam keadaan tidak bermaya itu dalam masa sama turut memohon agar sesiapa yang tahu mengenai apa sahaja perubatan alternatif untuk membantu anaknya.
"Sesiapa yang pandai perubatan alternatif ke jarak jauh, saya perlu bantuan anda sekarang. Tolong!" tulisnya pada perkongsian di media sosial, dimana ia meraih perhatian ramai.

Pada Khamis lalu, Amyza berkongsi khabar duk@ dimana dia sekali lagi diuji dengan perkhabaran menyayat hati apabila anak keduanya, Adrian Adam pula disahkan menghidap kans£r tulang.

Lebih menyedihkan, berita tersebut hadir selepas hampir setahun seorang lagi anaknya, Andre Mikhail, berjuang melaw@n kans£r paru-paru.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: