23 February 2026

SYED SADDIQ NAFI BELLA ASTILLAH SEORANG YANG 'MATERIALISTIK' : "NAK HARAPKAN DUIT, SAYA MEMANG TAK ADA... MINTA MAAF"



"Itu (materialistik) bukan Bella, Seratus peratus itu bukan Bella. Dia seorang yang mengambil berat tentang kebaikan dan karakter yang baik lebih daripada segalanya. Nak harapkan duit, saya memang tak ada... minta maaf."

Demikian kata ahli Parlimen Muar, Syed Sadiq, dimana beliau men£gaskan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bukan seorang yang memandang harta (materialistik) dalam memilih pasangan, sebaliknya mengutamakan nilai keperibadian seseorang.

Saddiq atau nama penuhnya, Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman, menerusi sesi siarang langsung itu sempat berseloroh mengatakan jika mahu mengharapkan duit, dia sememangnya tiada.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, ulas Saddiq lagi, soal kewangan bukan alasan seorang lelaki untuk mengabaikan tanggungjawab terhadap pasangan.

"Tapi ia tidak bermaksud lelaki perlu abaikan tanggungjawab hakikinya. Still, tanggungjawab itu tetap ada dan agama pun telah mengajar apa tanggungjawab seorang lelaki.
"Saya rasa ia perlulah diikuti tetapi ia tidak la tanggungjawab itu sampai ke tahap di mana perlu jadi jutawan untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut," ujarnya.

"Apa yang penting adalah kemampuan menjaga pasangan dengan sebaik mungkin dalam apa jua keadaan," tuturnya.
Sementara itu, Bella turut berkongsikan pandangannya mengenai realiti kehidupan bahawa kita tidak selamanya berada di atas.

"Saya rasa, sesiapa yang ada duit banyak... saya ada kawan-kawan yang diuji ada duit, lepas itu tak ada. Saya rasa kehidupan ini tidak selamanya di atas, kadang-kadang boleh jatuh juga.
"Sebab itulah kebaikan penting. Sebab baik yang akan berkekalan sampai bila-bila. Kalau you pilih orang yang berduit, tapi dia tak ada budi bahasa, dia tak baik, kita akan hidup derhaka sengsara," ujarnya.

Disamping itu, Bella turut meluahkan rasa syukur kerana didikan ibu bapanya yang tidak pernah menetapkan syarat dalam memilih pasangan berdasarkan kekayaan, sebaliknya menitikberatkan nilai kebaikan dan akhlak.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: