23 February 2026

"CUBA-CUBA DULU (JUAL TUUDNG), MANA TAHU NANTI TERBUKA HATI NAK PAKAI KEKAL" - MIMI LANA KONGSI SARANAN SYAFIQ KYLE



"Sajiwa ini asalnya nak keluarkan baju melayu dan tudung untuk koleksi raya tahun 2022. Syafiq nak sangat saya keluarkan tudung. Katanya boleh mula cuba-cuba jual dulu mana tahu nanti terbuka hati nak pakai kekal.

"Kain semua dah ada. Tapi takut sebab risau tak kena dengan citarasa orang yang bertudung. Tahun depan saya cuba lagi, mudah-mudahan."

Itulah jelas pelakon Mimi Lana, dimana dia berkongsikan suaminya, pelakon Syafiq Kyle menyarankannya untuk menjual tudung sebagai usaha untuk ke arah lebih baik iaitu mula berhijab.

Klik untuk gambar besar

Mimi menerusi perkongsian di media sosial itu berkata, idea asal jenama baju raya mereka adalah untuk mengeluarkan baju Melayu dan tudung.

Perkongsian Mimi itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji cara lembut Syafiq untuk mengajak isterinya itu ke arah lebih baik.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: