Suami kepada penyanyi dan aktivis, Heliza Helmi iaitu Datuk Mahadi Badrul Zamani telah mengaku tidak bersal@h selepas pertuduhan dimana dia didakwa berniaga dalam sekuriti tanpa lesen itu dibacakan terhadapnya di dua mahkamah berasingan.
Dalam hujahan di hadapan hakim ketika memohon supaya jaminan dikurangkan, peguam Mahadi iaitu Datuk Mohd Zamri Mohd Idrus memohon anak guamnya dibebaskan dengan jaminan dan jika tidak dibenarkan serta dipenj@rakan, janggut panjang suami Heliza berkemungkinan dipotong.
"Sekiranya jaminan tidak dibenarkan, tertuduh akan dipenjarakan dan janggut panjangnya berkemungkinan akan dipotong. Ini akan memberi kesan kepadanya," katanya.
Klik untuk gambar besar
Bukan itu sahaja, peguam turut menjelaskan, Mahadi juga menanggung ibunya yang menghidap kans£r dan tahap kesihatannya tidak menentu, selain menanggung keluarga mentuanya.
Berhubung itu, Mahkamah kemudian membenarkan Mahadi diikat jamin masing-masing sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin serta memerintahkan semua syarat tambahan seperti dipohon pendakwaan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment