"Kalau ikut Ajak, sebulan sekali je dia suruh datang, malah boleh saja sekiranya saya tak datang kedai. Kadang-kadang bila saya datang restoran banyak hari, dia mar@h dan tanya buat apa di sini. Malah dia suruh saya balik sahaja.
"Dia memang nak kongsi rezeki. Sebenarnya dia boleh saja beri tanpa perlu datang atau ambil tahu apa-apa berkaitan kedai, tetapi saya sendiri rasa tak elok kalau tak sumbangkan apa-apa."
Demikian kata pelakon Ebby Yus, 60, dimana dedahnya, dia tidak mempunyai sebarang tugas rasmi di Restoran Bumbu Babah yang dihadiahkan oleh penyampai radio dan pelawak Ajak Shiro.
Jelas pemilik nama penuh Ebby Yus Ramli, pemberian tersebut adalah inisiatif Ajak untuk membantunya menjana pendapatan bulanan dan bukanlah bermaksud dia perlu mengurus atau bekerja di restoran berkenaan.
Katanya lagi, Ajak tidak pernah meletakkan sebarang syarat untuk dia hadir bekerja atau membantu di restoran berkenaan.
Klik untuk gambar besar
"Saya ni sebenarnya bukannya pemilik di dua restoran Bumbu Babah. Dia niat nak bantu sebab sekarang saya tidak menjana apa-apa pendapatan. Dia tidak beri saya buat apa-apa.
"Jadi saya cakap kalau dia nak tak beri buat apa-apa, tak seronoklah, sekurang-kurangnya saya datang ke kedai dan boleh layan pelanggan," tuturnya yang tetap bersyukur kerana keperluan asasnya terjaga walaupun keadaan pendapatannya kini tidak seperti dahulu.
"Pendapatan sekarang tak macam dulu, tapi syukur Alhamdulillah. Rumah dan keperluan asas semua selesai. Kalau nak lebih macam dulu, memang tak adalah," ujarnya.
Sementara itu, Ebby turut berkongsi mengenai perkembangan kerjaya seni, dimana buat masa ini, dia belum bersedia menerima sebarang tawaran lakonan kerana perlu memberi tumpuan kepada rawatan dialisis yang dijalani di rumah setiap hari.
"Alhamdulillah, keadaan lebih baik berbanding sebelum ini. Saya masih perlu dialisis lapan jam setiap hari bermula selepas Isyak hingga Subuh menggunakan mesin di rumah.
"Pagi pula ada rawatan sekitar 45 minit. Jadi memang suk@r untuk bekerja terutama waktu malam. Ada produksi yang sanggup sesuaikan jadual, tetapi saya sendiri tak mahu menyus@hkan orang," katanya.
Pelawak Ajak sebelum ini menyerahkan dua cawangan restoran miliknya yang terletak di Pasar Seni dan Kampung Baru untuk diuruskan Ebby sebagai bantuan untuk terus mencari rezeki.
Mengikut perjanjian, Ebby mendapat peratus daripada keuntungan jualan bulanan selain gaji penuh sebagai pemilik.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment