"Kepada semua yang mengambil berat tentang keadaan Moe (panggilan Muhammad), saya ingin kongsikan perkembangan terbaharu. Dia sudah boleh senyum, cuma matanya masih belum boleh ditutup rapat sepenuhnya. Tidak mengapa, yang penting ada kemajuan.
"Moe juga turun banyak berat badan sepanjang tiga minggu dia dem@m. Sekarang, Alhamdulillah, selera makannya sudah kembali dan dia mula makan dengan banyak. Sekarang dia sudah boleh sebut huruf-huruf yang sebelum ini susah untuk disebut. Bibirnya juga sudah boleh dirapatkan dan ekspresi wajahnya semakin jelas."
Itulah kongsi pelakon Diana Danielle, 35, dimana dia meluahkan rasa syukur apabila keadaan kesihatan anak sulungnya, Muhammad, yang sebelum ini mengalami lumpuh muka kini semakin menunjukkan perkembangan p0sitif.
Klik untuk gambar besar
Kata Diana, perubahan Muhammad sangat ketara jika dibandingkan dengan keadaannya ketika menerima rawatan di hospital minggu lalu, malah maklumnya lagi, dia kini kerap menemani anaknya melakukan senaman wajah sebagai sebahagian daripada proses pemulihan.
"Ini keadaan dia pada hari kami ke hospital. Saya minta dia gerakkan bibir, tetapi dia tidak boleh. Beza sangat dalam masa kurang daripada seminggu. Alhamdulillah. Bukan bibir sahaja yang terkesan, kening dan mata pun sama.
"Sekarang kami fokus buat senaman muka supaya dia boleh pulih sepenuhnya," jelasnya yang dalam masa sama turut menasihatkan ibu bapa agar sentiasa peka terhadap tahap kesihatan anak-anak kerana peny@kit yang kelihatan ringan boleh menjadi s£rius jika tidak diberi perhatian awal.
"Apa yang bermula sebagai batuk dan selesema boleh bertukar menjadi perkara lain. Tolong jaga anak-anak anda. Dem@m v1rus ini boleh menjadi berbah@ya dan memang perlu dilaw@n habis-habisan," tutur Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson.
Sebelum ini, Diana memaklumkan, anaknya itu telah dis£rang demam v1rus sehingga mengalami lumpuh muka atau 'facial paralysis', selain memaklumkan, doktor yang merawat mengesyaki keadaan tersebut berpunca sama ada daripada Guillain-BarrĂ© Syndrome (GBS) atau Bell's Palsy.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment