"Saya tak faham kenapa orang ramai nak over-over keadaan sampai perlu kaburkan muka. Mudah saja, saya pergi ke Sibu sebab penggambaran muzik video. Kebetulan DJ Kid ada di situ, jadi saya pergi tengok."
Demikian ujar pelakon Emma Maembong, dimana dia tampil membuat penjelasan menerusi media sosial miliknya selepas tular rakaman seorang pelakon wanita mengunjungi sebuah kel@b mal@m.
Akui Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, wanita dalam video berkenaan adalah dirinya yang pergi ke sebuah kel@b mal@m di Miri, Sarawak dan tujuannya adalah bagi melihat teman lelakinya yang bekerja sebagai DJ di situ.
Jelasnya lagi, dia tidak berniat untuk menyembunyikan identitinya daripada orang ramai, malah dia hadir ke pusat hiburan tersebut dengan rela hati, selain juga bersikap terbuka dan sempat beramah mesra bersama peminat yang berada di kelab berkenaan.
Klik untuk gambar besar
"Saya sendiri yang masuk kelab, saya tak pakai pelitup muka atau topi sebab saya memang nak tengok dia 'spin'. Bila orang rakam saya yang lambai orang dengan mesra, saya tahu ramai yang rakam dan saya biarkan perkara itu berlaku," jelasnya.
Dalam pada itu, ibu tunggal kepada dua cahaya mata ini berkata, dia berada di tempat tersebut dalam keadaan selesa dan gembira dan berhubung itu, situasi berkenaan sama sekali bukan sesuatu yang perlu disorok.
"Benda ini bukan sorok-sorok bawah meja. Lainlah kalau saya terkantoi dan tersebar. Tapi ini memang saya sendiri yang biarkan, tak perlu kaburkan muka dan tak perlu berteka-teki.
"Saya yang masuk dalam keadaan gembira dan ramai yang menjaga saya. Orang Sibu dan Sarawak sangat sporting. Mereka jaga saya dengan baik," luahnya.
Sebelum ini, k£coh di media sosial mengenai satu video tular yang memaparkan seorang pelakon berstatus ibu tunggal, dia didakwa mengunjungi sebuah kel@b mal@m di Miri, Sarawak.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial pada Isnin, video tersebut memperlihatkan pelakon berkenaan yang mengenakan baju tidak berlengan berada di lokasi itu tanpa segan silu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment