"Hari ini, Ramadan pertama, di bulan Februari, bulan kelahiran anak-anak saya. Sama yang berlaku tahun lepas, anak (sulung) saya Andre Mikhail disahkan kans£r paru-paru.
"Dan pada tahun ini, pada bulan Ramadan juga dan pada bulan Februari juga, anak (kedua) saya, Adrian Adam pula disahkan kans£r tulang."
Demikian tutur pelakon Amyza Aznan, 50, menerusi media sosial, dimana dia berkongsi khabar duk@ apabila mendedahkan anak keduanya, Adrian Adam, pula disahkan menghidap kans£r tulang pada 1 Ramadan, hari ini.
Klik untuk gambar besar
Amyza menerusi hantaran yang menyentuh hati ramai itu dilihat meluahkan rasa terkilan dan hiba apabila keluarganya menerima ujian besar secara berturut-turut.
Akuinya lagi, perasaannya ketika ini sukar untuk digambarkan kerana tanggungjawabnya sebagai seorang ibu dan ketua keluarga, selain berkata, meskipun kelihatan kuat, jauh di sudut hati dia menyimpan 1,001 rasa yang sukar untuk dizahirkan kepada umum.
"Saya manusia dan juga ibu. Ada berbagai rasa tapi tidak terluah dan t@kut untuk meluah," tulisnya pada hantaran itu yang turut dihujani dengan doa dan kata-kata semangat daripada rakan artis serta peminat yang berharap agar Amyza terus tabah menghadapi ujian di bulan yang mulia ini.
Pada Februari tahun lalu, Amyza atau nama sebenarnya Azizah @ Amyza Aznan, berkongsi khabar duk@ apabila Andre disahkan menghidap kans£r paru-paru tahap tiga.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Amyza sendiri selepas tiga minggu anak sulungnya itu menerima rawatan di Hospital Ampang, Selangor, sebelum kemudiannya dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan lanjut.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!





No comments:
Post a Comment