19 February 2026

T£WAS HARI PERTAMA RAMADHAN SEBAGAI DUDA - KAMAL ADLI BERPUASA TANPA SAHUR : " 'PAR4H' (SUS4H) RUPANYA (HIDUP) SEORANG DIRI INI"



Semua sedia maklum mengenai pelakon Kamal Adli, 40, dimana tahun ini merupakan Ramadan pertama baginya sebagai duda selepas bercerai dengan pelakon Uqasha Senrose pada 12 Januari lalu.

Dalam satu perkongsian di media sosial, Kamal mengakui dirinya 't£was' apabila terlepas waktu sahur pada hari pertama Ramadan kerana tidak menyedari bunyi penggera telefon bimbit.

Kamal dalam masa sama berseloroh bahawa dia keliru sama ada penggera itu tidak berbunyi atau ia 'pergi bersahur' sendirian.

Klik untuk gambar besar

" 'Par@h' (sus@h) rupanya (hidup) seorang diri ini. Sebelum ini selalu dikejutkan. Maaf cakap. Alarm (penggera) tak bunyi atau alarm bunyi, tapi alarm saya yang pergi sahur sendiri ke, yang penting saya tak sahur hari ini.

"Maaf tak berjaya kejut sahur," tulis Kamal dimana dia tetap bersemangat untuk meneruskan ibadah puasa, meskipun tidak bersahur.
"Selamat berpuasa semua. Saya puasa juga sama-sama okay. Hmm... Hari pertama menahan ger@m," tutur pemenang Hero Remaja itu lagi.

Meninjau ke ruangan komen pula, rata-rata peminat terhibur dengan perkongsian spontan Kamal, selain turut memberi kata-kata semangat agar dia mampu bertahan sehingga waktu berbuka.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: