19 February 2026

BARU USIA 15 TAHUN, ROSEYATIMAH DAH POPULAR DI LAYAR HITAM PUTIH MELALUI WATAK CIKGU ROS



"Itulah jangan selalu ketawakan orang, yang ini bukan huruf M, yang ini huruf خ," kata cikgu Ros.

Babak dalam filem Pendekar Bujang Lapok (1959) ni kalau tengok banyak kali pun kits masih boleh terhibur.
Untuk rekod, sudah semula jadi darah seni mengalir dalam diri Roseyatimah. Beliau merupakan anak tunggal kepada dua figura hebat dunia hiburan Melayu. Bapanya Jasni, penyanyi piring hitam era kegemilangan keroncong, dan ibunya seniwati Neng Yatimah, ratu filem air mata dalam sejarah perfileman Melayu.

Nama Roseyatimah ialah gabungan namanya 'Rose' dan 'Yatimah', nama ibunya yang diberi oleh P. Ramlee.

Lahir di Singapura pada 17 November 1943, Roseyatimah membesar dalam bayang gemerlapan dunia seni, namun dirinya tidak sekadar mewarisi, beliau mencipta namanya sendiri.

Memulakan kerjaya lakonan seawal usia 15 tahun menerusi filem ikonik Pendekar Bujang Lapok arahan P. Ramlee, Roseyatimah menjadi wajah kesayangan layar perak 1960-an. Bakatnya mekar di bawah dua payung gergasi perfileman ketika itu Shaw Brothers dan Cathay Keris. Dari Sri Mersing hingga Anak Bapak, kejelitaannya tidak sekadar pada rupa, tetapi pada ketulusan emosi yang terpancar dalam setiap babak lakonannya.

Takdir menemukan Roseyatimah dengan pelakon tampan Mustapha Maarof, yang akhirnya menjadi suaminya pada tahun 1967. Selepas mendirikan rumah tangga, beliau perlahan-lahan berundur dari pentas glamor demi memberi tumpuan kepada keluarga. Ini merupakan satu pengorbanan yang besar bagi seorang bintang sedang memuncak.

Namun dunia kehilangan bintang itu terlalu awal. Pada 14 Disember 1987, Roseyatimah menghembuskan nafas terakhir akibat kanser payudara di Subang Jaya, Selangor. Dalam usia hanya 44 tahun, beliau meninggalkan legasi sebagai anak seni tulen dan pelakon berbakat dalam dunia hiburan Melayu.

Al-Fatihah!

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: