"Tak tau nak cakap apa, tak jadi sedut air sebab tak ada air dalam paru-paru. Kata pakar bukan air tapi saiz tum0r membesar dan menyebabkan paru-paru kanan c0llapse.
"Nak tahu berapa saiz tum0r kena tunggu giliran MRI (Pengimejan Resonans Magnetik) lagi sebulan. Semoga ada keajaiban buatmu anak."
Itulah jelas pelakon Amyza Aznan, 49, dimana dia berkongsi perkembangan terkini keadaan kesihatan anaknya, Andre Mikhail, yang kini sedang berdepan ujian berat selepas disahkan menghidap kans£r paru-paru.
Amyza yang berkongsi perkara itu menerusi media sosial, turut memaklumkan, selepas pemeriksaan dilakukan, pros£dur menyedut cecair di paru-paru yang dijadualkan pada Rabu tidak dapat diteruskan.
Klik untuk gambar besar
"Proses membuang air di paru-paru kanan, bukan tum0r. Tum0r masih belum kecut untuk proses pemb£dahan. Saiz dari 18 sentimeter, kali terakhir proses CT scan hanya mengecut ke 14 sentimeter sahaja," ujar pelakon drama 'Bawah Payung' ini.
Dalam pada itu, Amyza memohon orang ramai agar terus mendoakan kesembuhan anaknya yang kini sedang menjalani pros£dur rawatan.
"Dengan rendah hati saya memohon doa buat anakanda Andre Mikhail yang akan menjalani pros£dur untuk rawatan tum0r pada waktu ini. Hanya Allah yang membal@s doa-doa kalian," tuturnya.
Pada 15 Februari tahun lalu, Amyza berkongsi khabar duk@ dimana anak lelakinya, Andre disahkan menghidap kans£r paru-paru tahap tiga.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Amyza sendiri selepas tiga minggu anak sulungnya itu menerima rawatan di Hospital Ampang, Selangor, sebelum kemudian dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan lanjut.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment