"Assalamualaikum Princess (Puteri) babah," demikian tulis pelakon Qi Razali, 49, dimana dia berkongsi dirinya kini sudah bergelar bapa selepas isterinya, Wardah Hayati selamat melahirkan cahaya mata sulung perempuan pada 23 Januari lalu.
Berita gembira itu dikongsi Qi atau nama sebenarnya, Qushairi Mohammed Razali, di media sosial miliknya hari ini, dengan memuat naik gambar dirinya sedang memangku bayi perempuannya yang dipercayai dirakam sejurus selepas dilahirkan.
Sementara itu, menerusi perkongsian di media sosial isteri Qi pula, dia memaklumkan, bayi mereka yang diberi nama 'Anggun Sumayah' itu dilahirkan pada 23 Januari lalu.
Untuk makluman, Qi dan Wardah, 30, dinikahkan dalam satu majlis nikah yang diadakan secara tertutup di Gopeng, Perak pada 25 Mei, tahun lalu.
Klik untuk gambar besar
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!





No comments:
Post a Comment