Nama Que Haidar, 47, hangat diperkatakan di media sosial selepas pelakon itu menghadiahkan sejambak bunga mawar merah jambu kepada pelakon dan usahawan, Nur Fazura, 43, dalam satu pertemuan.
Difahamkan, momen manis itu berlaku ketika kedua-dua selebriti ini bertemu bagi menjayakan sebuah acara berkaitan jenama pakaian yang diwakili mereka.
"Haritu saya bagi (hadiah) Fatima (anak Fazura) kan? Ini (bunga) awak punya. Terima kasih sebab nak pergi bazar Ramadan dengan saya," kata Que atau nama sebenarnya, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar.
Klik untuk gambar besar
Menerusi perkongsian video tersebut, Fazura yang tidak dapat menyembunyikan rasa malu dan terharu apabila tersipu-sipu menerima jambangan bunga berwarna merah jambu itu membal@s dengan nada bersel0roh.
"Sebab nak pergi bazar Ramadan awak bagi saya bunga sebesar ini Korang (kru) janganlah, merah muka saya," tutur Fazura yang kelihatan terkejut dengan kejutan yang dibuat Que atau nama panggilan lainnya, 'Abang Jamil'.
Sebelum ini, gelagat Que dan Fazura yang saling berbalas komen di platform Thr£ads mengundang pelbagai reaksi ramai, sehingga ada yang mencipta tanda pagar rasmi buat mereka iaitu #QueLaFazkanDenganBismillah sebagai tandangan sokongan dan doa yang baik-baik.
Namun, ada juga yang menganggap momen manis dan gelagat mereka berdua yang kini sama-sama solo selepas sah bercerai dengan pasangan masing-masing itu sekadar gimik prom0si.
Pada pendapat korang pula macam mana? Gimik atau 'teman tapi mesra'?
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!












No comments:
Post a Comment