"Tengah b£ngkak susu. S@kit hanya Tuhan yang tahu. Nak balik cepat biar CL (Confinement Lady - wanita yang bakal menjaganya ketika pantang) urut. Kalau suami urut lama sangat jadi lain pula."
Itulah kata Ayda Jebat menerusi media sosial baru-baru ini, dimana perkongsian penyanyi dan pelakon itu telah menc£tuskan rasa kurang senang terhadap warganet.
Meninjau ke ruangan komen, warganet kurang senang dengan 'gurauan' Ayda yang berseloroh bahawa dirinya bimbang sekiranya meminta pertolongan suaminya, Nabil Mahir untuk melegakan kes@kitan b£ngkak susu tersebut.
Klik untuk gambar besar
Rata-ratanya menyifatkan kenyataan ibu kepada tiga cahaya mata itu sebagai tidak menjaga a1b dan sengaja melakukan lawak luc*h.
Dalam pada itu, Ayda yang sebelum ini mengumumkan dirinya telah selamat melahirkan cahaya mata ketiganya itu menyedari perkara tersebut apabila bertindak memadam semula perkongsian berkenaan di media sosial.
Untuk makluman, Ayda mendirikan rumah tangga bersama Nabil pada 1 Januari 2021 dan pasangan ini telah pun memiliki tiga cahaya mata iaitu Ana Nayla, Aali Mateen dan Anggun Mikayla.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!






No comments:
Post a Comment