01 February 2026

HAMIL ANAK KETIGA - IZARA AISHAH KONGSI USIA KANDUNGAN KINI 7 BULAN



"Izara kini sedang hamil anak nombor 3. Tahniah. Kolaborasi tahun ini sangat istimewa kerana kita dapat muse yang hamil.
"Cantik dan comel je Izara pakai rekaan Yasna in Maroon walaupun dengan hamil. Ini membuktikan semua ibu-ibu jangan risau, walaupun hamil tetapi boleh muat dan cantik di pagi raya."

Demikian tulis pengendali media sosial sebuah jenama fesyen, Shawl Publika menerusi satu perkongsian yang dimuat naik, dimana pihaknya memaklumkan berita gembira dimana pelakon Izara Aishah kini sedang hamil anak ketiga.

Klik untuk gambar besar
Sementara itu, Izara atau nama penuhnya, Izara Aishah Hisham, menerusi ruangan komen tampil menjelaskan usia kandungannya kini sudah 7 bulan.

Untuk makluman, pelakon berusia 34 tahun itu mendirikan rumah tangga dengan anak tiri kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Adib Khalid pada 17 November 2017.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Irisa Alaia, 6, dan Amara Amina, 2 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: