01 February 2026

USIA 54 TAHUN - EIZLAN YUSOF TIMANG ANAK KELIMA, 'ZAREEN ROSA'



Tahniah diucapkan kepada pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof, 54, atas kelahiran anak keduanya hasil perkahwinan dengan Datin Seri Natasha Rosa Boudville.
Isteri Eizlan selamat melahirkan anak perempuan yang diberi nama 'Zareen Rosa' di sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya.

"Assalamualaikum Zareen Rosa 🥰 Alhamdulillah & syukur kepada Allah SWT atas segala limpah kurniaanNya," tulis Eizlan yang berkongsi berita gembira itu menerusi media sosial miliknya.

Klik untuk gambar besar
Untuk makluman, kelahiran bayi perempuan itu merupakan anak kelima bagi Eizlan dan kedua untuk Natasha Rosa.

Eizlan dan Natasha mendirikan rumah tangga bersama pada 12 Disember 2019 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, dimana anak sulung pasangan ini bernama Zaelynn Rosa yang kini berusia lima tahun.

Terdahulu, Eizlan pernah bernikah dengan Vie Shantie Haroon Khan pada 7 Julai 2007 dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof, dan Vie Zaalia, sebelum bercerai pada 28 September 2014.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: