"Alhamdullillah... syukur semakin pulih dan semakin baik. Selera makan pun ada. Saya sudah boleh berjalan dan buat senaman ringan di sekitar rumah.
"Terima kasih buat semua yang mendoakan dan tak putus-putus memberikan sokongan moral kepada saya. Mereka juga sering datang melawat saya.
"Mungkin dalam sebulan lagi baharulah saya bersedia sepenuhnya untuk kembali menyanyi. 14 Februari ini saya ditawarkan buat show di Negeri Sembilan dan bulan Jun di Tawau."
Klik untuk gambar besar
Aan yang popular dengan lagu 'Warkah Untuk Kekasih' itu menjelaskan, selepas berehat dan makan ubat seperti yang ditetapkan doktor, banyak perubahan p0sitif dialaminya
Dalam pada itu, Aan berkata, dia perlu terus menyanyi kerana ia adalah sumber pendapatan utamanya sejak dahulu.
Mula menyanyi bersama Jabatan Penerangan pada era 1980-an, Aan bagaimanapun bersyukur memiliki kad sebagai pesara kerajaan kerana dia tidak perlu mengeluarkan kos pemb£dahan.
Sebelum ini, pada 8 Januari lalu, Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) hadir memberikan sumbangan kepada Aan selepas pend£ritaan dialaminya itu mendapat perhatian.
Terbaru, Aan dikunjungi Insaf Malaysia dan Persatuan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (Irama) yang memberikan sumbangan Program Jelajah Amal sebelum kedatangan Ramadan, baru-baru ini.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!







No comments:
Post a Comment