09 February 2026

CATATAN SAYU SEORANG 'ADIK' BERSAMA ARWAH ALONG



Perjalanan hidup aku bersama seorang insan yang bernama Mohd Eyzendy Mohd Aziz.

Dari usia aku kecik lagi, kami saling bersua muka kerana ibu bnyk terlibat dengan beliau. Aku ingat lagi ibu pernah buat 1 teater dengan along dekat kedah, masa di bilik hotel, tiba2 along ketuk pintu bilik untuk meminjam guitar aku. Dia kata dia bosan dalam bilik sorang2. Aku pun berikan guitar aku dekat along. Haha memang kenangan.



Zaman pierre di aswara pula, aku selalu jumpa along yang ketika itu dah terasa macam abang sendiri, haha along memang orangnya sangat cool, soft spoken bila dia sedang tenang, tapi boleh jadi gila2 bila bergurau atau gelak tawa.

Bila dah dewasa, aku pula masuk ke dunia seni, Aku selalu pandang Along seperti seorang abang sendiri, tak sangka dari usia aku kecik dan kini aku berganding bersama beliau di layar perak.

Yang menjadi titik terhormat aku pada Along apabila aku di beri peluang untuk mengarah 1st telemovie aku ketika usia 20an, Along hadir untuk menjadi pelakon dalam drama tersebut. Dia support aku sebagai seorang pengarah muda, walhal aku ni pengarah yang baru.

Banyak Along mengajar aku tentang bukan sahaja lakonan, tapi erti kehidupan seorang seniman. Pengalaman berganding dengan Along memang menjadi saksi yang dia seorang yang sangat berbakat.

Terima kasih along menjadi seorang abang dalam ingatan aku, dan menjadi seorang teman ketika kita bersama. Selamat berehat Along, Alfatihah.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: