09 February 2026

HASRAT BINA SURAU AR-RIJAL TERCAPAI - RIZALMAN LUAH RASA SYUKUR



"Saya tidak pernah terfikir akan terbabit dalam pembinaan rumah Allah di kawasan ini. Namun, Allah mempermudahkan segala urusan dan saya amat bersyukur.
"Jarang ada projek yang bergantung sepenuhnya kepada dana orang ramai dan penyumbang persendirian dapat berjalan dengan begitu lancar. Ini semua adalah nikmat Allah yang sangat luar biasa."

Itulah tutur pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim, dimana dia meluahkan rasa terharu kerana berpeluang merasmikan Surau Ar-Rijal bernilai RM1.5 juta yang terletak di Taman Merbau Jaya, Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Klik untuk gambar besar
Jelas Rizalman, surau berkenaan dibina hasil sumbangan orang ramai dan penyumbang persendirian menerusi Yayasan Rizalman Ibrahim, sekali gus mencerminkan semangat kerjasama masyarakat setempat.

Dalam pada itu, Rizalman berkata, dia tidak pernah menyangka akan terbabit secara langsung dalam usaha membina rumah ibadah untuk kegunaan komuniti dan berhubung itu, pembinaan surau itu membawa makna besar buat dirinya.
Tambahnya lagi, selain membawa sentuhan pengalamannya sebagai bekas pereka fesyen, reka bentuk surau itu tetap mengekalkan unsur kesederhanaan selaras dengan fungsi utama rumah ibadah.

Selain itu, projek berkenaan turut memberi peluang kepada individu yang mungkin tidak berkesempatan membina rumah ibadah sendiri untuk sama-sama menyumbang dalam amalan yang mulia.

"Surau Ar-Rijal menjadi bukti kesungguhan dan keikhlasan mampu merealisasikan sesuatu yang pada awalnya kelihatan mustahil. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penderma, sukarelawan serta penduduk setempat yang bersama-sama menjayakan pembinaan surau ini," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: