12 February 2026

DEMI MENCARI REZEKI - MAMA RINA (AF6) IMPI SUMBANGAN KAKI PALSU



Bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam (AF6) iaitu Mama Rina, 63, yang berdepan kaki kanan dipotong hingga paras lutut akib@t diab£tes pada hujung tahun lalu itu mengimpikan sumbangan kaki palsu untuk cari selepas tidak dapat bergiat dalam aktiviti busking bagi mencari rezeki.

Ujar Mama Rina, dia perlu tabah dengan dugaan dialami serta berfikiran p0sitif, meskipun Ramadan tahun ini disambut dalam suasana berbeza apabila tidak lagi mampu membuat kuih raya untuk menampung kehidupannya.

Mama Rina atau nama sebenarnya, Hairini Abdul Halim, berkata, sejak kaki kanannya dipotong hingga paras lutut hujung tahun lalu, pergerakannya terbatas dan hanya bergantung kepada kerusi roda.

"Saya rasa seperti hidup kembali, hari ini kerana berasa seperti hidup di bawah tempurung sejak berkerusi roda. Ramadan sebelum ini saya memang tak duduk diam. Dekat-dekat puasa saya akan mula ambil tempahan kuih tradisional.

Klik untuk gambar besar

"Kuih-kuih itu saya bawa sekali kalau pergi busking. Tapi kali ini memang tidak dapat menjalankan aktiviti busking atau menjual kuih sekali pun kerana tidak mampu berdiri atau bergerak aktif.

"Memang saya ada impian memiliki kaki palsu, namun tidak kesampaian sehingga kini," jelas Mama Rina ketika dikunjungi Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez dan Pengerusi Karyawan yang juga penyanyi legenda, Datuk Khatijah Ibrahim untuk menyerahkan sumbangan wang tunai.

Dalam pada itu, akui Mama Rina yang sebelum ini aktif mengadakan busking di Pasar Borong Pandan, Johor Bahru, dia merindui aktiviti busking atau membuat persembahan untuk kelangsungan hidup.
"Saya memang tak boleh duduk diam. Mana boleh berhenti menyanyi, tetapi buat masa ini terpaksa duduk rumah sebab tak boleh bawa kereta, apa-apa harapkan adik yang bawa.

"Saya harap dapat teruskan kehidupan seperti biasa. Saya tidak mahu tadah tangan, memang perlukan kaki palsu untuk bergerak," tuturnya yang turut menjelaskan, buat masa ini, dia hanya bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM600 sebulan.

Sementara itu, Khatijah berkata, Karyawan tidak pernah meminggirkan kebajikan ahli terutama mereka yang mengalami mas@lah kesihatan s£rius.

"Kami akan mengusahakan bantuan sesuai bagi Mama Rina. Kami berdoa semoga dia dapat bergerak dan berdikari serta bernyanyi semula," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: