10 February 2026

"DIA (BEEGO) FAILKAN TUNTUTAN RM10,000 TERHADAP SAYA, NAMUN TIDAK NYATAKAN UNTUK APA" - LINDA HASHIM SIFATKAN BEEGO K£JAM, SENGAJA LENGAHKAN PROSES CERAI



"Dia k£jam dan sengaja mahu memanjangkan keadaan ini. Pada saya, cukuplah. Perkara ini sangat k£jam terhadap saya. "Dia tahu keadaan saya sekarang. Kes ini sudah setahun berjalan, tetapi dia masih tidak mengalah. Jadi, pada saya, dia memang k£jam."

Demikian tutur pelakon Linda Hashim, dimana dia menyifatkan suaminya, pelakon Beego seorang yang k£jam kerana didakwa sengaja melengahkan proses perceraian mereka yang sudah hampir setahun berlarutan.

Jelas ibu kepada tiga cahaya mata ini, tiada lagi yang perlu dipertahankan, memandangkan rumah tangga mereka sudah lama rosak. Dalam pada itu, Linda berkata, seandainya dia dan Beego kembali bersama, bimbang keadaan menjadi lebih berkec@muk, apatah lagi dia sudah bertahun-tahun menganggung kes@kitan.

Klik untuk gambar besar

"Jika kami kembali bersama, saya tahu ia akan membawa kepada perkara yang tidak baik. Dia sepatutnya lebih matang. Dia perlu fikir apa yang akan berlaku pada masa depan jika kami kembali berbaik.

"Perkara ini tidak berlaku kepada dia. Semua ini berlaku kepada saya. Saya yang menanggung kes@kitan bertahun-tahun, sedangkan dia tidak pernah merasainya," ujarnya.
Disamping itu, Linda juga mendedahkan, Beego turut menfailkan tuntutan wang tunai sebanyak RM10,000 terhadapnya, namun tidak menjelaskan secara terperinci mengenainya.

"Dia failkan tuntutan RM10,000 terhadap saya. Dia masukkan pembelaan dan meminta jumlah itu. Namun, dia tidak nyatakan tuntutan tersebut untuk apa. Mungkin untuk kos-kos tertentu," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: