10 February 2026

MENDIANG IBU DITEMUI KAKU, MAY4T SUDAH KERAS - ADAM CORRIE REDA TAK DAPAT SAMBUT TAHUN BARU CINA



"Untuk menghormati keluarga, saya tak boleh sambut dan pakai baju yang terang-terang sempena Sambutan Tahun Baru Cina ini. Saya sebenarnya mahu simpan kesedihan ini seorang diri.

"Cuma apa yang boleh dikatakan, perkara paling rindu adalah tidak dapat jumpa ibu ketika dia meninggal. Ketika itu saya sudah pulang ke Kuala Lumpur selepas melawat ibu di Taiping, Perak."

Itulah kata pelakon Adam Corrie, 58, dimana dia akur dan reda apabila tidak dapat menyambut Tahun Baru Cina tahun ini bersama ibu tersayang yang meninggal dunia pada 7 Disember lalu.

Adam atau nama sebenarnya, Adam Corrie Lee Abdullah, yang enggan berkongsi rasa sedih itu bagaimanapun meluahkan rasa terkilan apabila tidak sempat berada di sisi ibunya ketika mendiang menghembuskan nafas terakhir.

Klik untuk gambar besar

Kongsi Adam, pada awalnya, berita pemergian ibunya itu tidak diketahui oleh ahli keluarga terdekat, sebaliknya dimaklumkan oleh rakan ibunya yang juga seorang pemandu e-hailing.

"Ibu saya setiap petang akan keluar berjalan dan ditemani rakanya yang bekerja sebagai e-hailing. Setiap hari memang akan panggil dia sahaja untuk bawa ibu saya. Jadi pada hari Khamis, dia telefon ibu sebab ibu tidak cari dia.

"Panggilan telefon pun tidak dijawab. Begitu juga pada keesokan harinya. Jadi kawan ibu minta izin adik untuk masuk ke rumah untuk tengok keadaan ibu, bila masuk may@t sudah keras. Tidak tahu ibu meninggal hari apa," ujarnya.
Dalam pada itu, Adam berkata, pemergian ibunya amat mengejutkan kerana mendiang tidak menunjukkan sebarang tanda mas@lah kesihatan sebelum ini, malah jelasnya lagi, ibunya itu tidak mempunyai sebarang peny@kit kr0nik.

Maklumnya, ketika pemeriksaan polis dijalankan, ibunya yang ditemui dalam keadaan kaku itu dipercayai meninggal dunia beberapa hari dengan ubat s@kit perut berada di sisi.

"Kawan ibu buat laporan polis dan selepas disemak, semuanya okay dan tiada k£s jen@yah. Kemudian bawa may@t ke hospital. Arwah tiada s@kit apa-apa. dia sihat macam biasa. Cuma polis kata masa temui may@t ibu, disebelahnya ada ubat s@kit perut," jelasnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: