11 February 2026

"DRAMA SEKARANG BANYAK YANG SAMA SAHAJA... CUBA BAGI SAYA WATAK USTAZ, BOLEHKAH?" - AMMAR ALFIAN RANCANG BERSARA TAHUN DEPAN



Selepas lebih dua dekad berkecimpung dalam industri seni tanah air, pelakon Ammar Alfian, 39, merancang untuk bersara daripada bidang lakonan pada tahun depan.

Ammar atau nama penuhnya, Ammar Alfian Aziz Mohd Zakri, bagaimanapun menafikan keputusan itu dibuat disebabkan rasa kec£wa, namun jelasnya, ia kerana dia sudah menjayakan pelbagai jenis watak sepanjang penglibatannya dalam dunia lakonan.

"Alhamdulillah sekarang ini saya gembira dengan apa yang saya peroleh (lakonan) serta pengalaman yang saya dapat. Ya, saya memang akan bersara sebab semua (watak) saya sudah buat. Tapi masih belum tahu lagi bila, tapi kemungkinan tahun depan.

Klik untuk gambar besar

"Saya memang minat berlakon, tapi kalau dah setakat macam itu sahaja selama 20 tahun, nak buat macam mana kan?" kata Ammar yang turut memberitahu, dia sudah mempunyai perancangan tersendiri selepas mengambil keputusan untuk berhenti daripada bidang lakonan.

"Umur saya pun sudah nak masuk 40 tahun dan sudah sampai tahap untuk bertukar karier dan kehidupan. Sekarang ini saya ada perniagaan sendiri, jadi mungkin saya akan lebih fokuskan kepada itu," jelasnya.
Dalam pada itu, Ammar yang mula melibatkan diri dalam kerjaya hiburan sekitar tahun 2007 apabila terpilih sebagai finalis Hero Remaja, menyifatkan kebanyakan karya yang dihasilkan bersifat klise dan berulang ketika mengulas mengenai trend drama masa kini.

"Drama sekarang banyak yang sama sahaja. Cerita yang lebih kurang. Sama juga macam watak saya. Cuba bagi saya watak ustaz, bolehkah? Agak-agaknya ada ke orang yang akan tawarkan? Mesti tiada," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: