"Susulan permohonan maaf secara terbuka oleh saudara Lan (Lan Pet Pet), Faz (panggilan Fazura) memilih untuk segera memaafkan sepertimana segera pula saudara Lan memohon maaf atas kekhilafan anda.
"Ini kerana, walaupun hati pernah tergur1s, keinginan mencapai reda Allah SWT adalah lebih utama. Semoga kejadian ini menjadi pengajaran dan teladan buat kita bersama, mudah-mudahan."
Itulah tulis pelakon Nur Fazura, 43, menerusi satu hantaran di media sosial miliknya, dimana dia tidak menunggu lama untuk menerima permohonan maaf yang dibuat anggota kumpulan Senario, Lan Pet Pet susulan ketelanjuran kata-kata terhadapnya yang berunsur luc*h dan 'double meaning'.
Klik untuk gambar besar
Hadir menghadiri sesi perjumpaan bersama peminat sempena pelancaran sebuah jenama pakaian, Lan menerusi sebuah video yang dimuat naik di media sosial turut memohon maaf kepada peminat Fazura dan Senario, sambil mengakui dirinya hanyalah manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.
"Untuk Fazura, saya minta maaf daripada hujung rambut sampai hujung kaki. Dalam tak sedar asyik melawak ada yang menyentuh hati dan perasaan Fazura. Kepada semua peminat Fazura dan Senario, saya langsung tiada niat apa-apa pun. Saya hanya manusia biasa. Sekali lagi saya minta maaf terlepas cakap, dan suasana waktu itu saya pun tidak sedar," katanya.
Terdahulu, tular potongan klip siaran langsung di media sosial, dimana seorang peminat bertanyakan mengenai perancangan perkahwinan Fazura, namun ibu kepada seorang cahaya mata itu menjelaskan bahawa buat masa ini dia tidak mempunyai masa untuk memikirkan soal jodoh.
Soalan tersebut bagaimanapun telah menarik perhatian Lan atau Mazlah Ahmad, 57, yang kemudian memberikan jawapan berunsur 'double meaning', sekali gus menc£tuskan perbincangan dalam kalangan netizen.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!





No comments:
Post a Comment