"Sebulan RM1,000 Insya-Allah ada saya transfer tetapi untuk bulan Mac belum masuk lagi. Insya-Allah saya tak culas (bayar nafkah). Cuma saya malas nak menjawab apa-apa sebab ayah tengah s@kit. Minta maaf."
Demikian ujar pelawak Shuk Sahar, 40, yang tampil memberi respons terhadap tuduhan isterinya, Fara Salleh, dimana dia mendakwa suaminya itu culas memberi nafkah terhadap anak mereka.
Tidak lagi berdiam diri, Shuk atau nama sebenarnya, Mohamad Shukri Sahar, berkata, dia tetap menjalankan tanggungjawab kepada anak mereka, namun memilih enggan memberi penjelasan panjang kerana bapanya sedang s@kit.
Kongsi Shuk, dia memberikan nafkah sebanyak RM1,000 setiap bulan kepada anak-anak, selain juga men£gaskan tiada isu ketidakadilan berlaku kerana anak-anak hasil perkahwinan pertamanya yang kini menetap di Sabah turut menerima jumlah nafkah yang sama.
"Anak saya di kampung dua orang pun sama saya beri seorang RM1,000. Insya-Allah saya bagi adil semuanya," jelasnya yang turut menyerahkan bukti pembayaran nafkah kepada media.
Klik unuk gambar besar
Menurut Fara lagi, Shuk atau nama sebenarnya, Mohamad Shukri Mohamed Sahar, hanya memberikan RM400 sebulan dan jumlah itu dikatakan tidak konsisten apabila dia terpaksa memikul sebahagian besar beban kewangan sendirian termasuk kos susu, lampin, rawatan kesihatan dan keperluan harian lain yang semakin meningkat.
"Dia bagi nafkah anak RM400 saja sebulan, duit itulah nak beli makan minum dan segala keperluan anak. Anak semakin membesar banyak benda saya kena sediakan. Sebulan saya terpaksa menanggung sendiri perbelanjaan sehingga RM2,000.
"Itu pun bukan setiap bulan dia bagi RM400, nak kena tagih berkali-kali," tuturnya yang dalam masa sama juga mendakwa Shuk tidak berlaku adil terhadap anak mereka, berbeza dengan layanan yang diberikan kepada anak-anak hasil perkahwinan terdahulu.
Dakwanya lagi, pelawak itu tidak pernah culas dalam soal nafkah sebelum ini, namun keadaan berbeza berlaku terhadap anak mereka.
"Dia tidak pernah berlaku adil kepada anak saya. Sebaliknya anak dengan bekas isteri pertamanya tidak pernah culas beri nafkah. Saya cakap begini kerana saya tahu sebelum ini jadi isteri dia. Saya tahu berapa jumlah wang yang dihantar kepada anak-anaknya di Sabah.
"Saya dengar setiap perbualan telefon dan mesej yang dikirimkan sekiranya anak-anak di sana mahu minta duit," katanya yang turut menjelaskan luahannya bukan bertujuan membuka a1b atau menc£tuskan k0nflik baharu, sebaliknya mahu Shuk bertanggungjawab terhadap amanah yang telah ditetapkan.
Selain itu, t£gas Fara, dia tidak lagi berharap untuk berbaik atau menjalinkan hubungan mesra, sebaliknya hanya mahu urusan berkaitan anak diselesaikan secara matang.
"Saya tidak berniat nak berbaik atau berkawan lagi dengannya (Shuk). Saya hanya b£ngang kerana dia tidak tunaikan nafkah anak. Sejak anak saya lahir pun memang dia tidak pernah tanya anak sihat atau s@kit.
"Dah lapan bulan (sejak anak dilahirkan). Dia pun tak mahu datang mahkamah untuk selesaikan urusan sijil kelahiran anak. Jij1k sangat sampai tak nak anak berbintikan nama dia," ujarnya meluahkan rasa k£sal.
Untuk makluman, Shuk bernikah dengan Fara pada November 2023 di Thailand, bagaimanapun lafaz cerai yang didakwa dibuat oleh pelawak itu pada April tahun lalu masih belum diputuskan oleh mahkamah.
Hasil perkahwinan bersama, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Elaine Nada yang dilahirkan pada 26 Jun 2025.
Sebelum itu, Shuk pernah mendirikan rumah tangga dengan Rossa Sera dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 10, dan Nur Assyifatu Aimi, 7 tahun, sebelum bercerai pada 22 Mac 2023.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment