28 February 2026

TERPAKSA JALANI DIALISIS LAPAN JAM SETIAP MALAM - EBBY YUS LUAH RASA TERKILAN TAK DAPAT TUNAI SOLAT TARAWIH



Pelawak dan pelakon, Ebby Yus, 61, telah berkongsi rutin hariannya sepanjang bulan Ramadan, dimana katanya, ia membawa kelainan buat dirinya apabila pergerakan menjadi lebih terbatas susulan mas@lah kesihatan yang sedang dihadapinya.
Tutur Ebby, waktu sahur dan berbuka perlu diberi perhatian khusus dalam keadaannya sekarang, selain mengakui wajib menikmati nasi berlauk bagi memastikan tubuhnya mendapat tenaga mencukupi.

Dalam pada itu, luah Ebby lagi, dia berasa terkilan apabila tidak dapat menunaikan solat Tarawih seperti Ramadan sebelum ini kerana jelasnya, dia perlu menjalani prosedur dialisis selama lapan jam selepas solat Isyak, sekali gus membataskan pergerakannya untuk ke masjid.

Meskipun begitu, pemilik nama sebenar Muhammad Yunus Abdul Rashid ini tetap bersyukur dengan setiap dugaan yang dilalui dan tidak pernah putus harapan untuk kembali sihat.

Klik untuk gambar besar

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: