27 February 2026

HADIAH SEBUAH KERETA MEWAH LAGI - WANI KAYRIE MAHU TERUS BAHAGIA IBU TERSAYANG



"MasyaAllah Tabarakallah, pejam celik dah 8 tahun rupanya dari 'last surprise' mama untuk 'birthday' dia. Kali ini tahun baru, rezeki baru, pencapaian baru.

"Sebenarnya mama dah lama teringin nak ada kereta besar dan selesa sebab kerja kena jalan jauh dan 'outstation' selalu. "Dengan hadiah ini, kak harap dapat memudahkan urusan kita selalu dalam menjayakan usaha untuk kembangkan 'team' Wani Kayrie Entertainment yang baru masuk 1 tahun semalam."

Itulah tulis penyanyi Wani Kayrie, 26, menerusi media sosial, dimana dia terus membahagiakan ibunya, Rukiah Kalapukong atau Kay Sabah apabila menghadiahkan sebuah kereta mewah bersempena hari jadi ke-46.

Klik untuk gambar besar

Dalam perkongsian, Wani atau nama sebenar Syazwani Abdullah, telah memuat naik video bersama ibunya ketika berkunjung ke gedung jualan kenderaan untuk mengambil hadiah sebagai kejutan istimewa.

"Terima kasih juga mama selalu doakan kak murah rezeki dan berjaya dalam apa jua kerja kak. Kakak tak akan dapat capai semua ini tanpa semangat dan doa dari mama dan adik-adik.

"Lepas ini, dah boleh 'short vacay' (percutian pendek) selalu tanpa s@kit badan kan?, kata anak sulung daripada tiga beradik itu yang turut melebarkan bakat seni sebagai pelakon dan pengacara.
Dalam pada itu, menurut penyanyi lagu 'Cak Cak Cekuk' dan 'Jangan-Jangan' ini lagi, menerusi kejutan istimewa 'last minute' dilakukannya, dia tidak dipedulikan oleh ibunya dalam beberapa minit kerana teruja mendapat hadiah kereta mewah berkenaan.

Sebelum ini, ketika berusia 18 tahun pada 2018, Wani Kayrie pernah membuat kejutan dengan menghadiahkan ibunya sebuah kereta jenis Honda BRV sempena hari jadinya ke-40.

Bagaimanapun, hadiah berkenaan disifatkan Wani tidak setara dengan pengorbanan dan kasih sayang dicurahkan ibunya terhadap keluarga.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: